Betul kan muda-muda lagi dah mula sakit pinggan. Lebih lagi bila baru lepas angkat berat, jaga-jaga bahana angkat barang boleh beri risiko pelbagai masalah sakit tulang belakang dan paling menakutkan ialah slip disc.
Benar, kalau ada barang berat biar lelaki yang angkat tapi cuba bayangkan anda keseorangan? Dan tidak kiralah anda lelaki atau wanita cara untuk mengangkat berat ada aturannya. Cara yang betul boleh mengelakkan anda sakit belakang berpanjangan dan ianya lebih efesien.
Mari kita sama-sama perbaiki dan mengikut cara yang tepat untuk mengangkat barangan berat.
Lihat video dibawah:
Jangan: Cara yang paling salah ialah anda mengangkat barang dengan cara membongkok. Tabiat tersebut menyukarkan badan untuk stabil dan menggunakan daya yang tinggi pada bahagian tulang belakang serta pinggang.
#1 Duduk mencangkung, jarakkan kaki mengikuti jarak bahu, sebelah kaki letakkan sedikit kehadapan.
#2 Pastikan jarak anda dan barang rapat
#3 Kekal postur badan yang tegak dan angkat barang perlahan-lahan dengan menaikkan lutut dan punggung. Pastikan badan anda tegak bukan membongkok.
#4 Pegang barang rapat dengan badan anda dan separas dengan pusat perut.
#5 Gunakan cara yang sama untuk letakkan barang. Jangan membongkok!
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda tidak kira jantina dan umur. Sayangi tulang belakang anda!
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : Wanista