Jajan Yang Sihat. Berdoa Ketika Sikat Rambut Anak, C1um Pipi Dan Dahi, Cara Lembutkan Hati Anak Dengar Kata Ibu Bapa.

Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak-anak yang berakhlak mulia dan menghormati ibu bapa.

Selain daripada mengajar tentang adab, ibu bapa juga perlu menjadikan diri sendiri sebagai teladan untuk menjadi contoh ikutan kepada anak-anak.

Anda juga boleh mencuba petua yang diamalkan oleh ibu muda ini. Puan Nadia Bakar berkongsi tentang petua doa ketika sikatkan rambut anak.

Petua ini juga bagus untuk melembutkan hati anak sekaligus menjadikan mereka patuh pada ibu bapa. Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ni.

Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?

Berdoa Ketika Sikat Rambut Anak

Kisah ni dah lama nak cerita, tapi asyik lupa. Maafkanlah mak yang sibuk ini. Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.

Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita. Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.

Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.

“YA ALLAH, CANTIKKANLAH AKHLAK AARIZ/ANNUR YANG BAIK INI SEBAGAIMANA KAU CANTIKKAN KEJADIANNYA. AMIIIIN”

Anak-anak pun aminkan. Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.

Lepas sikat, saya c1um pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.

“IBU SYUKUR ADA ANAK YANG BAIK, RAJIN TOLONG IBU MACAM AARIZ/ANNUR.”

Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.

“BAGUS AARIZ RAJIN KEMAS MAINAN LEPAS MAIN. BARULAH CANTIK RUMAH KITA KAN?”

Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak. Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita.

Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber  : PetuaIbu