Isteri Mungkin Tak Kerja Tapi Jangan Layan Macam Orang Gaji

Ketika isteri sedang menyediakan sarapan di dapur, tiba-tiba anak nombor 2 menangis. Rupa-rupanya anak ken cing di atas katil. Lagi sa kit, anak nombor 4 minta dibuatkan susu. Alahaaiii…. terkejar-kejar isteri nak buat dua benda!

Dari bilik tidur ke dapur, suami ada hanya duduk bersandar sambil menonton televisyen. Langsung tidak diendahkan apatah lagi untuk membantu isteri.

Senang ayat suami selalu guna, ‘isteri kan tak kerja, dialah yang kena uruskan hal-hal kat rumah…’

Dalam situasi ini, bagaimana pula jika isteri bekerja dan terpaksa buat perkara yang sama di rumah. Kalau suami anda seorang yang ringan tulang, tak salah rasanya sama-sama membantu. Isteri kerja pun untuk tolong suami juga.

Suami sudah tentu ada eg0nya send1ri dan mungkin anggap kerja-kerja rumah ini hanya boleh dilakukan oleh isteri sahaja. Suami hanya cari nafkah.

Tak salah, suami ringankan kerja isteri di rumah, barulah hidup harmoni dan saling tolong-menolong. Kalau nak h4rapkan isteri seorang yang buat kerja rumah, lama-kelamaan, boleh memberi tekanan pada isteri sehingga menimbulkan leteran dan bebelan.

Dikatakan, suami yang tidak mahu membantu bukan akan hilang hormat dan kasih sayang dari seorang isteri. Isteri akan merasakan d1rinya diperlakukan sebagai orang gaji untuk kesenangan suami dan keluarga.

Jangan sampai jadi kes per4ng dingin, anda boleh rujuk beberapa tip oleh Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat ini…

Tip Untuk Suami

1. Tak payahlah berkira sangat, cuba bantu buat kerja rumah demi meringankan tugas isteri anda. Contohnya mengemop lantai, sapu sampah atau kerja paling mudah bila tengok sampah penuh dalam tong, buanglah.

2. Berilah kata-kata membina dan memberangsangkan kepada isteri. Jika ada teguran, pastikan bukan teguran yang menyakitkan hati isteri.

Tip Untuk Isteri

1. Kalau suami tak nak tolong, minta dia sediakan orang gaji.

2. Bila nak minta tolong suami, cakap elok-elok. Jangan menengking dan meninggikan suara.

3. Jangan bagi arahan tapi bagi rayuan.

4. Jangan ungkit dan membebel.

5. Suami pun sebenarnya manja macam anak kita, jadi isteri kena pandai ucapkan terima kasih setiap kali suami tolong. Kalau nak suami happy, peluk suami lepas dia tolong kita.

C1ri-c1ri Suami Idaman

  • Sedap mata memandang
  • Menjaga solat lima waktu
  • Berkemampuan dalam menjaga keluarga
  • Bukan kaki pu kul
  • Tidak panas ba ran
  • Bertanggungjawab
  • Penyabar

Semoga berbahagia dalam melayari kehidupan rumahtangga.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih