Ini Caranya Buat Bebola Ayam Mudah & Sedap, Pasti Anak-Anak Suka

Biasanya kalau buat bihun goreng kalau ada tambahan bebola ayam lagi tambah sedapnya. Selalu beli di kedai, nak jimat dan puas makan bolehlah buat sendiri. Mudah membuatnya dan terjamin kebersihan.

Bebola Ayam

Bahan-Bahan:

  • 1 pek ayam cincang jenama Ramli
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit lada hitam biji
  • 3-4 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • setitis dua minyak bijan

Cara Membuat:

1.Tumbuk bawang putih dan lada hitam lumat.

2.Dalam mangkuk campurkan isi ayam, bahan tumbuk, garam, tepung gandum dan minyak bijan gaul sebati.

3.Jerang air dalam periuk.

4.Basahkan jari dan bulatkan adunan kecik-kecik

5.Masukkan dalam air mendidih tadi bila timbul bebola dah masak.

Bebola sayur : Tumbuk lumat daun bawang(saya guna ketumbar jawa) campurkan dalam adunan.

Bebola pedas : Campurkan serbuk cili dan sos tomato.

Kredit: Joanna Johan Via Rasa