Anda berjalan laju sehinggakan ada kawan-kawan yang minta untuk perlahankan sikit? Jangan turuti mereka, sebaliknya minta mereka untuk lajukan langkah mereka.
Alasannya ialah individu yang berjalan laju didapati mempunyai jangka hayat yang lebih tinggi berbanding mereka yang lebih perlahan.
Ya, menurut kajian yang diketuai oleh Tom Yates dari Universiti Leicester di England, individu yang melakukan sekitar 100 langkah seminit dijangka hidup sehinga 15 ke 20 tahun lebih lama jika dibandingkan dengan individu yang berjalan sekitar 50 langkah seminit.
Foto: Google News
Kajian tersebut melibatkan seramai 474,919 individu yang merangkumi purata usia 52 tahun dan ia dijalankan sehinggalah mereka men1nggal dunia. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Mayo Clinic Proceeding.
Mereka turut mendapati yang mereka dengan kategori berat ‘underweight’ mempunyai jangka hayat terendah iaitu 64.8 tahun bagi lelaki dan 72.4 tahun untuk wanita.
Sebelum ini, pasukan pengkaji ini pernah menjalankan kajian yang hampir serupa, iaitu melibatkan kelajuan langkah seseorang.
Hasil kajian tersebut, mereka membuat kesimpulan bahawa golongan umur pertengahan yang berjalan perlahan mempunyai risiko penyak1t j4tung yang lebih tinggi.
Dah
Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz
Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber: New York Post