Imbau Nostalgia Zaman Sekolah, Ini Cara Buat Bebola Ikan Salut Tepung Macam Dulu-Dulu

Banyak makanan legend yang mengimbau nostalgia zaman sekolah rendah pada sekitar tahun 80-an. Salah satu makanan tersebut adalah bebola ikan salut tepung.

Selepas balik sekolah sambil menunggu bas sekolah tiba, wajib beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah.

Sekarang dah susah jumpa orang jual macam ni. Jadi apa kata jom buat sendiri saja di rumah dengan menggunakan resepi hasil perkongsian oleh Nur Masri di bawah.

CARA BUAT BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG

Bahan-Bahan:

  • Bebola ikan
  • Tepung berempah (tepung bestari)
  • Tepung goreng pisang rangup

Cara-Cara:

1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, masukkan air dan gaul sebati.

2. Masukkan bebola ikan dan gaul rata.

3. Hidangkan bersama sos pencicah.

Kredit: Nur Masri Via Myresipi