Cara Buat Kuih Manja Homemade Macam Kat Pasar Malam, Sekali Ngap Gerenti Nak Lagi!

Kuih manja ini saiznya cukup comel bila disuap ke mulut. Rasanya cukup unik dan sedap. Kuih Manja juga dikenali dengan nama Kuih Tokyo.

Adunan kuihini lembut macam pancake dan biasanya dimakan dengan inti kaya atau kastard, boleh juga masukkan inti kegemaran anda contohnya inti kelapa ataupun coklat.

Comel dan kecil je, biasanya dibuat nipis-nipis, bila dah siap masak akan naik gebu diatas kuali! Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Saya Lieynda di bawah.

RESEPI KUIH MANJA

Bahan-Bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 3 sdb gula
  • Esen vanilla
  • ¼ cawan susu cair/susu segar
  • ½ air
  • 1 biji telur
  • Pewarna pilihan
  • 1 sb marjerin pelangin

Cara-Cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga semuanya menjadi sebati.
  3. Panaskan kuali leper, tuangkan sesudu adunan dan biarkan masak.
  4. Letakkan inti kaya di tengahnya. Dan lipat dua.
  5. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Saya Lieynda Via Myresipi