Haram Dedahkan Kepada Umum, Ustaz Terangkan Kaki Juga Adalah Aurat Wanita! Jangan Ambil Remeh Perkara Ini

Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang hukum aurat wanita dalam Islam dengan sepenuhnya. Ia bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh dan diambil ringan serta menganggap dosa itu masing-masing ditanggung diri sendiri, pendapat tersebut salah sama sekali.

Aurat wanita bukan hanya tubuh badan malahan banyak lagi yang perlu diambil kira dan wajib difahamkan dengan lebih mendalam mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan.Berikutnya adalah perkongsian daripada Ustaz yang menerangkan serta menjelaskan tentang hukum aurat wanita yang berkaitan dengan kaki yang perlu difahamkan oleh semua wanita Islam.

Kaki Wanita Juga Aurat & Haram Didedahkan

Beberapa tahun dulu, semasa belajar di Mesir kami selalu terserempak gadis-gadis Arab yang memakai seluar tetapi senteng. Sentengnya hingga ke paras betis atas tumit.

Sejak dua menjak ini di Malaysia nampaknya trend begitu makin menular. Gadis-gadis Islam mengenakan seluar jeans ketat dan singkat hingga menampakkan betis. Padahal bertudung

Nampak janggal di situ.

Rasanya terlalu ramai perempuan sama ada tak tahu atau tak sedar, dah tahu atau sengaja buat tak tahu tentang aurat kaki

Itulah, bila terlalu meremehkan hal aurat maka aurat kaki juga akan dipandang ringan. Seolah-olah tak wajib ditutup. Sedangkan ia haram didedahkan, apalagi hingga menampakkan betis.

Hukum Menutup Kaki dan Betis

Jumhur para ulama dari mazhab Maliki, Syafi’e dan ianya juga adalah pendapat mazhab Hanbali sepakat menyatakan bahawa kaki wanita itu adalah aurat (termasuk betis).

Dalilnya berdasarkan hadis

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم لما قال في جرِّ الذيلِ ما قال قالت قلتُ يا رسولَ اللهِ فكيف بنا فقال جُرِّيهِ شبرًا ، فقالت (أم سلمة) إذًا تنكشفُ القدمانِ ، قال فجُرِّيهِ ذراعًا

Daripada Ummu Salamah r.anha berkata: R4sulullah SAW ketika bersabda mengenai masalah menjulurkan hujung pakaian, aku berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah SAW bagaimana dengan kami (kaum wanita)?”

Nabi SAW menjawab: “Julurkanlah sejengkal”.

Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: “Kalau begitu kedua qadam (bahagian bawah kaki) akan terlihat?”

Nabi bersabda: “Kalau begitu julurkanlah sehasta.”

[Hadis Riwayat Ahmad, no. 6/295, Abu Ya’la dalam As-Sanad, no. 1/325]

Hadis lain pula menyebut:

أَتُصَلِّي الْمَرْأَةُ فِي دِرْعٍ وَخِمَارٍ لَيْسَ عَلَيْهَا إِزَارٌ قَالَ ‏ ‏ إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا

Daripada Ummu Salamah r.anha yang mana pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW: “Adakah boleh seorang perempuan itu solat dengan memakai baju dan tutup kepala tanpa memakai izar (kain yang dipakai di bahagian bawah badan). “Jawab Nabi SAW: “Boleh, sekiranya baju itu labuh menutupi zahir kedua kaki.”

[Hadis Riwayat Abu Daud, no. 640]

Al-Imam al-Khattabi Rahimahullah, mengulas mengenai hadis di atas dengan menyebutkan:

“Khabar ini menjadi dalil ke atas sahihnya pendapat yang mengatakan tidak sah solat sekiranya terdedah bahagian badan melainkan sekiranya pakaian itu labuh, bes4r sehingga menutupi bahagian zahir kedua kaki. Ini menjadikan syarat sah solat itu adalah dengan tidak mendedahkan sesuatupun dari tubuh badannya”.

[Kitab Ma’alim al-Sunan. Al-Matba’ah al-‘Ilmiyyah, 1/180]

Manakala al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi menyatakan di dalam kitabnya al-

Mughni:

“Dan telah berkata Malik, al-Auza’ie dan al-Syafi’e bahawa keseluruhan wanita itu adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan, dan apa selainnya wajib ditutup di dalam solat”

[Kitab al-Mughni, 1/431]

Jadi, konklusinya walaupun ada berlaku khilaf pendapat namun kita hendaklah mengambil pandangan Jumhur Ulama’ yang juga termasuk pandangan Mazhab Syafi’e mengatakan kaki wanita adalah aurat (termasuk betis) dan wajib ditutup.

Nak tutup kaki, boleh juga tutup dengan kasut bertutup, kasut getah (yang viral), kasut berkebun, kasut sarung pergi menoreh dan bermacam jenis kasut lagi.

Senang cerita, pakai stokinlah. Simple. Opss, s4ya bukan penjual stokin wanita ya. Cuma sekadar cadangan.

Apapun, diri kita ini andai ada secebis iman pasti kita akan berusaha untuk mengikut syariat yang diwajibkan. Buat dulu, nanti ikhlas datanglah. Jangan ditanya mengapa hati tak tenang, andai perkara dosa selalu dibuat ringan.

Carilah solusi untuk mengikuti, bukan alasan untuk membenci. Share dan ingatkanlah kepada kaum hawa nusantara alam jagat raya. Tegur bukan benci, atau berlagak suci, tetapi sekadar mengingatkan sesama insani.