Hanya 3 Bahan Buat KUETIAU Di Dapur Sendiri, Dijamin Bersih, Suci & Halal!

Jika sebelum ni mak-mak ada rasa ragu-ragu nak beli Kuey Tiau di kedai, dari segi kandungan bahan yang digunakan, kini tak perlu bimbang lagi. Ini kerana boleh buat sendiri je kuetiau di rumah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet mahupun perasa tambahan.

Hanya guna 3 bahan utama iaitu, tepung beras, garam, tepung ubi dan air. Caranya pun mudah, malah diyakini lebih selamat, bersih dan suci bila kita buat sendiri.

Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat kuetiau ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Hanita Isman ini.

JOM BUAT KWAYTEOW (KUETIAU) DI DAPUR SENDIRI. DIJAMIN BERSIH, SUCI DAN HALAL. NAK BAGI FAMILY MAKAN PUN SENANG HATI KAN? NAK RESIPI TAK? KE SEMUA ORANG DAH TAU?

Atas permintaan ramai saya share resepi di post asal:

OK ni ya resipinya. Mudah je.

Bahan-Bahan:

  • 500gm tepung beras
  • 250gm tepung ubi
  • 1.5L air

Cara Membuat :

1. Bancuh semua bahan dan tapis.


2. Selepas itu kukus dalam dulang macam kukus laksam tu 3 minit.


3. Angkat dan tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari dulang.

4. Sapu minyak sebelum dilapis ya.


5. Lipat dua, kemudian bolehlah dipotong memanjang.

Siap! Selamat mencuba.

Sumber : Hanita Isman Via Mingguan wanita

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma