Nak Anak Bijak, Biasakan Bagi Makan Ikan 2 Kali Seminggu Berbanding Ayam Goreng

Selalunya ayam goreng memang menjadi kegemaran dan kesukaan anak-anak. Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada hidangan ini. Goreng saja pun sudah cukup buat anak-anak.

Tak dinafikan ayam goreng mesti ada dalam setiap hidangan di rumah atau mungkin makanan laut lain. Inilah makanan yang mesti ada. Malah, ada yang bandingkan ayam hanya untuk keluarga yang ‘ada-ada’ saja. Manakala ikan untuk orang biasa.

Jangan udah bandingkan. Sebab kalau nak dikatakan, sekarang ini, ikan lebih mahal daripada ayam. Walaupun anak suka makan ayam goreng, jangan sesekali tinggalkan lauk ikan kerana ia sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.

Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan tentang khasiat ikan yang bagus untuk perkembangan otak anak berbanding ayam goreng mahupun lauk lain.

Biasakan Makan Ikan, Bukan Ayam Goreng

Sebagai maka ayah, biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain.

Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.

60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.

Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.

Sumber DHA Terbaik

Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.

Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.

Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.

Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.

Mingguan Wanita : Peringatan, mak-mak nak bagi ikan, kena tengok betul-betul, banyak tulangnya.

Sumber: Dr Mazliana Mazlan Via Mingguan Wanita

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma