Berdakwah bukanlah bermaksud memberi ceramah sahaja.
Namun bercakap, menulis kata-kata baik dan berbuat baik juga adalah dakwah. Semua orang Islam adalah da’i (pendakwah).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (Hadith riwayat at-Thabrani)
Namun harus diingat, dalam menyampaikan sesuatu kita perlu ada ilmu dan sumber yang betul.
Dalam menasihati perlu berhikmah, tidak perlu merasa diri kita lebih baik daripada orang lain.
Hakikatnya semua ilmu yang kita ada adalah milik Yang Maha Esa.
Contohilah cara dan sikap Nabi yang begitu berhikmah dan berdakwah mengikut cara sesuai dengan mad’u (penerima dakwah).
Apakah ciri pendakwah yang baik?
– Menjaga hubungan dengan Allah. Seorang pendakwah perlu menjaga amalan dan mengamalkan juga ilmu dan nasihat-nasihatnya.
– Pandai mengawal hawa n4fsu. Pendakwah juga perlu hati-hati agar niat asal tidak tersasar.
– Berilmu dan kreatif. Ini akan membuatkan pendakwah itu akan terus bersemangat dan dapat menambah kepercayaan orang lain.
“Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).” (Surah az-Zumar: ayat 29)
– Boleh menerima teguran, tawaduk dan bersifat santun. Ini kerana pendakwah menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain.
– Niat perlu ikhlas. Untuk sampai ke hati, sesuatu itu perlu dari hati. Jadi niat yang betul perlu untuk menjayakan sesuatu dakwah.
“Dan Allah berfirman: ‘Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu takut.’” (Surah an-Nahl ayat 51)
Ikhlas itu bermaksud mengesakan hak Allah dalam segala ketaatan, hanya untuk menghampirkan diri kepada Allah. Tiada apapun selain itu. Hanya semata untuk mendapat reda Allah.
Buat bukan kerana orang suruh, bukan sebab nak dipuji, bukan kerana mahu nampak baik atau popular.
Berdakwahlah kerana kita mahu reda Allah dan mahu orang lebih tahu mengenali Islam. Jika orang tidak terima dakwah kita sekarang, tidak mengapa. Mungkin akan datang. Insya-Allah.
Sabar dan usaha lagi, tidak perlu memaksa. Namun janganlah mudah berputus asa.
Kenapa perlu ikhlas?
Ikhlas penting untuk menghidupkan sifat berserah diri kepada Allah, membebaskan diri daripada sifat ujub dan riak selain kita akan mendapat kedudukan yang tinggi dan ganjaran yang besar di sisi Allah.
Bagaimana mahu ikhlas?
Jika tidak ikhlas, amalan kita bukan sahaja tidak diterima, malahan tidak akan mendapat ganjaran.
Untuk memupuk rasa ikhlas, kita perlu:
- Menguasai diri, ilmu dan pandai mengawal n4fsu.
- Kita perlu segera bertaubat dan menyesali kesilapan kita.
- Menggunakan cahaya hati dan akal dalam menghadapi sebarang dugaan.
- Sentiasa berzikir, kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan sentiasa tenang. (Rujuk surah ar-Ra’du ayat 28)
- Kita juga perlu bersyukur dengan semua yang kita ada, kerana semua adalah dengan izin-Nya.
- Dan paling penting, kita perlu sentiasa muhasabah diri, dan memperbaiki setiap amalan kita.
Kesan ikhlas
– Kedudukan yang tinggi dan ganjaran daripada Allah
– Berhadapan (membina) sifat berserah diri dan berakhlak mulia
Ujian pendakwah
Pendakwah juga ada ujian-ujiannya. Hanya mereka yang mempunyai hubungan yang erat dengan Alllah mampu hadapinya.
Mereka yakin apa mereka cakap benar, dan Allah akan bantu. Kerana keyakinan itu buat mereka ikhlas.
Antara sifat-sifat yang menjadi halangan di jalan dakwah adalah:-
- Wahn (cinta dunia dan takutkan m4ti). Sifat ini mampu membuatkan seseorang yang tidak kuat hadapi s3ksaan atau g0daan, akan mudah rebah.
- Dho’f (lemah). Kadangkala ada yang gagal istiqamah apabila ada ‘kekuatan lain’ yang menentang mereka.
- Istikan (berdiam diri). Berdiam diri ketika berada di tengah-tengah kesulitan. Sikap begini akan menyebabkan mereka hanya menunggu panggilan walaupun telah berleluasa kemungkaran.
“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berper4ng dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak l3su dan tidak pula mahu tunduk (kepada musvh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.“ (Surah Ali ‘Imran: ayat 146)
Halangan lain adalah perasaan jemu (untuk mengelak rasa ini, kita perlu sentiasa berlapang dada), perasan ujub (yang boleh membakar ikhlas), sentiasa mahukan pujian juga sikap yang perlu dijauhkan.
Contohilah sifat dan keyakinan para sahabat dahulu dalam berdakwah seperti keberanian Sayyidina Umar dan Sayyidina Hamzah.
“Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah telah memilih Nabi Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (Surah an-Nisa’: ayat 125)
Akhir kata, kita semua adalah da’i.
Perbaiki diri kita dan ajaklah orang lain berbuat kebaikan. Janganlah amalan atau dakwah kita di dunia ini menjadi sia-sia.
Moga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran serta perjuangan kita diberkati. Insya-Allah.
Wallahua’lam.
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih