Kaum wanita memang ada saja masalah berkaitan rambut. Paling biasa rambut gugur dan kelemumur.
Macam-macam syampu dan cara yang disarankan untuk atasi masalah ini sering kita baca.
Tapi petua yang dikongsi oleh Najwa Qadah ini rasanya berbeza lain dari yang lain.
Menggunakan petua daripada orang Arab, dia meletakkan beberapa biji bunga cengkih dalam syampu yang digunakan untuk mengatasi masalah rambut yang dialami antaranya masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut gu gur.
Bagi yang nak mencuba, berikut adalah perkongsian Najwa.
Bunga cengkih hilangkan masalah rambut
Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo dan selamat guna. Najwa dah kali kedua guna petua ni, memang puas hati. Alhamdulilah.
Bunga cengkih banyak kegunaannya selain untuk masak. Salah satu Najwa guna untuk hilangkan masalah rambut Najwa yang dah lama alami iaitu:
- Kelumumur
- Rambut berminyak
- Rambut gu gur
Petua untuk lebatkan rambut anak juga
Boleh buat untuk mana-mana syampu. Tapi yang ini Najwa beli untuk baby sebab anak-anak pun boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit.
Sebenarnya petua ini untuk lebat kan rambut tapi kesan dia banyak lagi. Najwa tak rasa gatal-gatal lagi bila pakai tudung waktu panas macam sekarang. Rambut kering tak dak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut puntak gu gur berkilo.
Najwa ambik petua ni dari org Arab. Bagi tahu siap-siap sat gi ada org bising.
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber:Vanillakismis