Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!

Kadang-kadang bosan juga asyik buat cucur pisang atau cucur udang kan? Kali ini apa kata jom cuba buat cucur ketam crispy ni pula.

Bahan utama yang perlu ada adalah isi ketam atau crab stick. Cicah dengan sos serius sedap! Makan panas-panas lagi umphh.

Bahan-bahan lain yang digunakan juga mudah saja. Boleh jadi juadah minum petang sambil pekena teh’o panas.

RESEPI CUCUR KETAM CRISPY

Bahan-Bahan:

  • 500g tepung gandum
  • 250g/1paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 100g taugeh
  • 100g karrot (disagat)
  • 50g daun kucai
  • 2 cawan air
  • 1 1⁄2 tsp baking powder
  • Garam
  • GulaSecukup rasa
  • Minyak secukupnya

Cara-Cara:
1.Satukan kesemua bahan diatas dan kacau rata.

2.Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati. Adunan mesti lah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.
3.Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20 minit.
4.Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan menggunakan api yang sederhana.

5.Sedia untuk dihidang. Rangup diluar. Lembut di dalam

Kredit: Cik Dayang Zulaikha Via Myresipi