
Mudah saja nak buat ayam goreng kunyit sedap macam dekat kedai masakan Thailand. Satu hidangan ini pun sudah cukup sebab lengkap dengan sayur sekali.
Anak-anak pun dijamin akan suka lauk begini. Nak lagi sedap, hidangkan bersama kicap, sambal belacan dan telur dadar. Jom lihat resepinya di bawah.
RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SEDAP
Bahan-bahan:
- Isi ayam
- Garam
- Serbuk kunyit
- Tepung jagung
- Cili giling
- Minyak masak secukupnya
- Kacang panjang – dipotong
- Bawang holland – dihiris
- Cili merah – dihiris
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara:
1.Potong kecil isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
2.Gaul isi ayam bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan cili giling. Jumlahnya bergantung pada kuantiti isi ayam yang digunakan. Perap sekurang-kurangnya selama 1/2 jam.
3.Panakan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Lebih elok jika guna kuali yang besar dan minyak yang banyak.
4.Masukkan hirisan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.
5.Kemudian masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan juga bawang holland. Goreng selama 2-3 minit.
6.Siap! Ayam goreng kunyit ala kedai Tomyam sedia untuk dinikmati.
Kredit: Wan Iskandar Via Myresipi