Cara Buat Sendiri Dumpling Soup Homemade. Modal Bawah RM10 Untuk 40 Pcs. Berbaloikan!

Pasti ramai penggemar Chicken Dumpling Soup di kedai nasi ayam terkenal tu kan, memang sedap betul rasa dia. Tapi harga boleh tahan juga ye..mau RM8-RM9 untuk semangkuk dumpling.

Kami kongsikan resipi sup dumpling yang anda boleh buat sendiri je di rumah. Kos bahan tak sampai RM10 pun tapi boleh makan satu keluarga. Sekali buat boleh dapat dalam 40 pcs dumpling. Sangat puas hati makan sebab banyak dan murah. Memang berbaloi. Cara membuatnya pun sangat mudah. Jom ikuti resipi perkongsian Wany Lifa di bawah.

Cara Buat Dumpling Soup Homemade

Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling. Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan. Tapi modal utama kena rajin & sabar.

Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap. Confirm sedap Confirm pengsan! Ada yang nak cuba resipi? Selamat mencuba!”

Resipi Inti Dumpling:

  • Isi ayam 300g (fillet dicincang)
  • Carrot (setengah batang sagat)
  • Bawang besar (1 biji cincang halus)
  • Bawang putih (4 ulas cincang halus)
  • Daun sup & Daun bawang (potong halus)
  • Serbuk lada sulah (2 sudu)
  • Minyak bijan (3 sudu)
  • Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
  • Garam & gula (1 sudu kecil)
  • Dumpling pastry (Instant)

Cara-cara Membuatnya:

  1. Campur semua bahan2 kecuali dumpling pastry. Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
  2. Masuk inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.
  3. Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat.
  4. Kukus dumpling selama 10 minit. Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling.

Resipi Sup Dumpling:

  • Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
  • Halia (1 inci ketuk & cincang)
  • Minyak bijan (1 sudu kecil)
  • Serbuk lada sulah sikit
  • Kiub ayam maggi (half of cube)
  • Garam & gula

Cara-cara Membuatnya:

  1. Tumis bawang putih & halia sampai naik bau. Letak 1 mangkuk air dalam periuk.Masuk bahan2 lain sampai mendidih.
  2. Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap. Then tabur sikit daun bawang.
  3. Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.
  4. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya.

Total costing:

  • Fillet ayam 500g – RM5.20
  • Dumpling pastry – RM1.80
  • Carrot 6 batang – RM1.00
  • Daun sup & Daun bawang – RM1.00
  • Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
    Total = RM9.00

Kredit Resipi & Foto : Wany Lifa