
Jom cuba resipi Bakso Original Indonesia perkongsian dari Puan Ekynn Aziz ini. Memang sedap dan puas hati makan. Boleh dijadikan menu hidangan tetamu di hari raya atau majlis-majlis keraian di rumah. Resipi siap dengan sambal kicap. Jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI BAKSO ORIGINAL INDONESIA
Bahan-bahan:
- Tulang daging RM10
- Bebola daging (bebola segera brand Ramly @ Mohd Armiya)
- 2 biji bawang merah dihiris
- 2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
- 1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
- 1 1/2 kiub pati daging
- Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
- Garam secukup rasa
- 2 biji bawang*
- 6 ulas bawang putih*
- 3@4 biji buah keras*
- 1 inci halia*
- 1 inci kunyit hidup*
- 1 sb serbuk lada sulah*
Kisar/tumbuk bahan yang bertanda (*).

Nota: Serai dan daun pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.
Cara Memasak:
- Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
- Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan kisar/tumbuk tadi, pandan dan serai titik.
- Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
- Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye.
- Dah siap! Boleh makan dengan bihun, mee atau kuey teaw serta cili kicap.

Bahan-bahan Cili Kicap:
- Segenggam cili padi hijau
- 6 ulas bawang putih
- 1 sb cuka
- 1 sb kuah bakso
- 4 sb kicap manis
- Secukup rasa
- Garam
Cara Buat Cili Kicap:
- Rebuskan cili padi hijau dan bawang putih. Dah lembut boleh kisar/tumbuk.
- Kemudian masukkan bahan-bahan lain sesedap rasa. Gaul sebati.
- Dah siap.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Puan Ekynn Aziz