
Menu kreatif tapi sangat mudah penyediaanya, mari kita buat sandwich sushi ini.
Mesti bosan bila lauk masa tengah diet hambar je kan? Boleh kreatif dengan menghasilkan menu makanan sihat yang boleh naikkan selera dan kenyang.

Bukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga pasti dapat meningkatkan selera sesiapa sahaja. Memang best kalau diet macam ni!
Rasanya, tak perlu lagi min perkenalkan apa itu sushi. Bukan saja diminati di Malaysia malahan ia merupakan antara makanan wajib ada di seluruh dunia. Min mengenali ramai yang menyukai sushi sehinggakan ada yang akan mengambilnya pada setiap hari.
Menariknya, resepi sandwich sushi oleh Shahrul Bieha ini diolah dengan menggunakan roti sandwich dan sangat mudah dibuat. Mari kita tengok resepi sandwich sushi ini.
Roti Sandwich Sushi

Bahan-Bahan:
- Seaweed roasted potong 2 (beli yang khas untuk buat sushi)
- Roti Gardenia
- Salad secukupnya
- Mayonis
- Carrot yang telah dipotong memanjang
- Sosej / crabstick dicelur dan dipotong-potong
- Nota: Ramai yang tanya nak beli seaweed dekat mana yang halal. Biasanya boleh beli dekat Aeon atau Shopee mudah nak dapat.
Bahan Topping:
- Sos cili
- Mayonis
- Sos thousand island / sos keju
- Bijan
Cara-Cara Penyediaannya:
1. Sapu dahulu mayonis pada roti di bahagian depan dan belakang.
2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua dan lenyekkan roti tersebut untuk memudahkan rolling seperti sushi.
3. Kemudian, susun carrot, sosej dan daun salad seperti nak buat sandwich.

4. Gulungkan sandwich sushi dan boleh potong kepada 5 bahagian.


5. Boleh hiaskan dengan bahan topping mengikut kreativiti masing-masing.

Dah siap, korang dah boleh menjamu selera dan sesuai juga untuk bawa bekal.

Selamat mencuba!
Kredit resepi: Shahrul Bieha Via My Resipi
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma
