Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Sampai Berebut Anak-Anak Makan!

Kalau anak-anak susah nak makan sayur, boleh mula ajar mereka makan sayur dengan membuat kerepek terung rangup ini.

Bukan setakat budak, orang dewasa pun suka kalau sayur digoreng tepung macam ni. Cepat je habis sepinggan. Sesuai dibuat untuk kudapan makan petang.

Jom lihat cara membuat kerepek terung di bawah. Semoga bermanfaat!

Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak

Bahan-Bahan:

  • Terung
  • Tepung bestari

Cara-Cara:

1. Guna terung yang masih keras. Cuci bersih dan potong nipis.

2. Taburkan tepung bestari secukupnya. Gaul sehingga tepung bersalut rata dengan terung. Tepung tak perlu bancuh dengan air.

3. Sedia untuk digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing.

Tips Ekstra : Kalau tiada tepung bestari, taburkan garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan gaul rata. Taburkan serbuk cili jika mahu pedas.

Selamat mencuba!

Kredit: Syahirah Adnan Via myresipi

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma