Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!

Hujung minggu nanti jom buat Kek Milo 3 bahan ini untuk anak-anak. Mudah sangat nak buat, hanya guna 3 bahan pula tu!

Yang penting, tak perlu guna tepung pun. Tapi hasil kejadiannya tetap gebu dan lembut. Jom buat dengan menggunakan resepi hasil perkongsian oleh Noriza Awang Hamat di bawah.

Resepi Kek Milo 3 Bahan

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan milo
  • 4 biji telur
  • 2 sb susu pekat


Cara-Cara:

1. Kisar semua bahan, tuangkan ke dalam mangkuk kaca. Kukus selama 1 jam.

2. Tutup dengan penutup mangkuk kaca sebelum tutup bekas pengukus. Supaya air tidak menitik atas kek yang akan menyebabkan kek bantat dan tak naik. (tak perlu balut dengan kain)

3. Selamat mencuba!

4. Hiaskan dengan topping pilihan masing-masing.

Kredit: Noriza Awang Hamat Via Myresipi