Mengapa mereka berselelisih pendapat?
Ulamak Syafi’i berdalilkan, firman Allah Taala :
“Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencivm/kvcupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya civman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)
Ada hadis lain riwayat al-Nasa’i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya :
Nabi mencivm sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi’i dan hanafi.
(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)
Wallahu a’lam
________________________________________
Soalan : Rasulullah pernah mencivm ‘Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki ‘Aishah tetapi beliau terus beribadat. Apa komen Ustaz?
Jawab :
Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi’i menolak kehujahan hadis berkvcup/civm dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha’if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa :
1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).
Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi’i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bern4fsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bern4fsu, membatalkan wudhuk.
________________________________________
Soal :
Assalamualaikum.
Nak tambah sikit persoalan ini. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit
[selain telapak tangan]
dan apakah hukvmnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
Wassalam
——————-
Jawab :
Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.
Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.
Cuma dalam masalah menyentuh zak4r/far4j, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari z4kar dan far4j) :
Soal : apakah hukvmnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
Jawab : Menurut Syafi’I batal hukvmnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.
Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : Nasihatustazz