Lakukan 6 Cara Ini Untuk Meluaskan Rezeki..

Pertama sekali, kita perlu luaskan pemikiran kita bahawa rezeki itu amat luas dan bukan tertakluk hanya kepada harta.

Apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita adalah rezeki.

Apa-apa sahaja yang membahagiakan kita juga adalah rezeki.

Apa-apa yang baik adalah rezeki.

Mungkin sahaja rezeki dalam bentuk keluarga yang bahagia, pasangan yang baik, kesihatan yang sempurna, ketenangan hati, ilmu yang bermanfaat untuk kita dan rezeki yang tidak mungkin dapat dihitung semuanya.

Kita semua inginkan rezeki yang berkat, mencukupi dan tidak pu tus-pu tus.

Allah telah menetapkan rezeki untuk kita sejak azali. Rezeki sememangnya sudah tertulis untuk kita. Setiap orang sudah ada kadar rezeki masing-masing.

Percayakah jika kita tidak perlu mencari rezeki? Kerana rezeki kita sudah disimpan oleh Allah.

Tetapi kita perlu menjemput rezeki supaya rezeki itu datang kepada kita.

Perkara ini adalah simple tetapi tidak ramai yang mampu untuk amalkan.

Kerana apa?

Kerana dia tidak yakin bahawa dia akan dapat apa yang dia inginkan.

Kerana dia berharap agar dapat dalam masa yang singkat.

Kerana dia tidak sabar untuk menunggu.

Jadi bagaimana cara untuk menjemput rezeki?

1. Berdoa kepada Allah

Rezeki kita, Allah yang pegang. Oleh itu, minta kepada Allah terlebih dahulu. Berdoalah kepada Dia Pemilik Rezeki.

Apa sahaja keinginan kamu, mintalah kepada Dia.

Apa sahaja hajat kamu, mohonlah kepada Dia.

“Bilamana Allah menggerakkan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahawa Allah ingin memberi.”

“Allah menggenggam semua doa kita lalu dilepaskannya satu persatu pada masa yang tepat.”

Mintalah apa sahaja kepada Allah kerana tiada perkara yang mustahil bagi-Nya.

Bila mana kita sudah puas meminta, jangan berhenti berharap kerana Dia lebih tahu saat yang tepat untuk mengabulkan permintaan kita.

Keep believe in Allah, will you?

2. Solat malam

Yang ini ramai orang yang berkira nak buat. Mungkin sayang untuk k0rb4nkan masa tidur.

Tetapi jika kita betul-betul inginkan sesuatu, kita tetap perlu berk0rb4n.

K0rb4nkan masa tidur kita untuk meminta kepada Allah.

Jangan lepaskan peluang kerana pada waktu ini Allah akan turun ke langit dunia untuk mengabulkan semua doa hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya.

Yang meminta ampun, Allah akan ampunkan.

Yang meminta rezeki, Allah akan berikan.

Yang meminta ketenangan, Allah akan kabulkan.

Yang mengadu kesed1han, Allah akan tenangkan hati.

“The dua made at Tahajud is like an arrow which does not miss its target.”

“If you really really really want something, pray Tahajud.”

3. Solat sunat Dhuha

Solat sunat yang membuka pintu rezeki dan mempermudahkan urusan hidup kita untuk sepanjang hari.

Teruskan meminta dan meminta kepada Allah.

Dalam setiap sujud kita, berdoalah kepada Dia dengan penuh rendah hati dan penuh harap.

Dia ada.

Dia melihatmu.

Dia mendengarmu.

Dia pasti menolongmu.

Sujud itu indah… kau berbisik ke bumi tapi didengar di langit.”

“Allah sudah tahu apa yang ada di dalam hati kita sebelum kita meluahkan kepadaNya, tetapi Dia masih mendengar luahan kita.”

4. Doa ibu bapa

Ibu bapa adalah syurga kita di dunia.

Oleh itu, ambillah peluang untuk berbuat baik kepada ibu bapa kita.

Sentiasalah mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka dunia dan akh1rat.

Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan kita dan sebaliknya.

Jangan lupa untuk meminta doa daripada ibu bapa kerana doa mereka sangat mustajab.

Jangan lupa untuk meminta restu dan jangan membelakangi mereka dalam apa jua keadaan.

“Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan Ibubapa.”

“Doa seorang ibu tiada hijab dan amat mustajab di sisi Allah.”

Jika hari-hari kita terasa sulit, mintalah supaya ibu bapa doakan kita supaya dipermudahkan segala urusan.

Maka kita akan rasa hari-hari kita lebih tenang dan lancar.

5. Sedekah

Orang kata sedekah akan mengurangkan harta.

Tetapi Islam kata sedekah akan menambahkan harta.

Jangan bersedekah apabila sudah kaya.

Tetapi bersedekahlah sehingga kaya.

Bukan jumlah sedekah kita yang Allah pandang tetapi kualiti sedekah kita.

Bersedekah tidak semestinya dengan harta.

Senyuman kita adalah sedekah. Menolong orang juga sedekah.

Sedekah juga saham dan duit kita di ‘kerajaan’ akh1rat kelak.

6. Tawakal

Tawakal kepada Allah setelah kita berusaha semampu kita.

Sudah berusaha.

Sudah berdoa.

Sudah solat.

Sudah sedekah.

Maka seterusnya serahkan segalanya kepada Allah.

Dia pasti akan berikan yang terbaik dan pada masa yang tepat.

Menjemput rezeki lebih mudah daripada mencari rezeki.

Semoga bermanfaat. Wallahua’lam

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih