Agar-agar Kemiyan Cantik Aje Rupanya. Sedap Lagi Buat Berbuka.

May 5, 2020 rencah7 0

Agar-agar kemiyan ni cantik aje rupanya. Rasanya apatah lagi, sedap dimakan sebagai pencuci mulut lepas berbuka.
Bahan ramuan pun ringkas janji ada agar-agar, dan gunakan serbuk gula merah atau gula Melaka Telur dikacau betul membentuk corak yang cantik. Ni resipi perkongsian dari laman FB Zaliha Mohamed. Berbaloi dicuba.
AGAR-AGAR KEMIYAN

BAHAN-BAHAN :
1 bungkus agar-agar plain (10gm) 1 liter air 100 gm gula merah serbuk @ seketul gula Melaka (zaliha guna, gula Melaka + gula merah sedikit) Gula putih (sekiranya perlu dan sesuai selera) 3 helai daun pandan 1/2 sdt garam 1 butir telur ayam
(Di buang pusat) CARA MEMASAK :
1. Masak gula merah @ melaka,daun pandan dengan 1 liter air.
2. Bila sudah larut, tutup api dan tapis kedalam satu bekas.
3. Masukkan semula ke dalam periuk dan tambahkan agar-agar serbuk. Masak dgn api sedang. Kacau hingga tercampur rata, tambahkan garam.
4. Dah mendidih, pecahkan telur ,kacau sekejap dengan garfu. Masukkan telur kedalam periuk agar-agar sambil t..

Resepi Kuih Bunga Tradisi Orang Terengganu, Unik Tapi Senang Je Nak Buat!

May 5, 2020 rencah7 0

Boleh dikatakan orang Malaysia antara yang tidak pernah lokek. Setiap hari pasti ada sahaja resepi yang dikongsi buat semua. Pelbagai jenis resepi bermula dari yang paling senang sehinggalah yang paling rumit. Lebih lebih lagi ketika Ramadhan ini, orang ramai semestinya memerlukan resepi itu agar mudah untuk mereka membuat panduan untuk memasak juadah berbuka.
Salah seorang pengguna Facebook, Nor Al Fatihah melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) berkongsi resepi yang agak unik iaitu kuih bunga atau tepung bunga. Pasti ada antara kita yang tidak pernah dengar mengenai kuih ini. Jadi apa lagi, boleh lah kita cuba masak dan buat sebagai hidangan tambahan ketika berbuka nanti. Nampak pun sudah menyelerakan!
Resepi Kuih Bunga
Kuih bunga @ tepung bunga..kuih org Ganu paling simple & cepat wat..tak sampai sejam dah siap..guna 4 bhn je..tepung pulut, air, telur & gula..ade jugak org buh santan sikit nk bagi lemak..tp kite ikut resepi mak kite..kecik2 dulu suka tolong mok getey kal..

Resepi Sagu Gula Melaka Guna Susu Ideal

May 5, 2020 rencah7 0

Hari ini penulis nak berkongsi satu resepi manisan mudah yang disukai ramai, dipanggil Sagu Gula Melaka. Cumanya versi Wanista, gravy tidak menggunakan santan tapi menggantikannya dengan susu Ideal.
Sedap dimakan sejuk ketika berbuka puasa seisi keluarga. Resepi penulis ambil dari Youtube Buat Orang Lapo.
Bahan-Bahan Sagu
Air (untuk rebus sagu) 2 Cawan Sagu Pewarna Makanan Bahan Sirap Gula Melaka
150 gram Gula Melaka 3 Sudu Besar Gula Putih 1 Cawan Air Susu Ideal Foto – Dari Dapur Cara Memasak
1. Dalam periuk, panaskan air. Bila dah panas, masukkan sagu. Kacau sekali-sekala supaya sagu tidak hancur dan hangit.
2. Lepas 30 minit, sagu dah jadi jernih. Boleh tutup api.
3. Tapiskan sagu, lalukan sagu dengan air paip untuk membuang kanji yang ada pada sagu.
4. Sekarang dah boleh leak pewarna ikut citarasa masing-masing. Kacau-kacau supaya warna sekata semuanya. Dah siap, sejukkan sagu dalam peti sejuk. Lagi sedap makan sejuk-sejuk.
5. Dalam periuk kecil, boleh masak sirap gula Melaka. Masukkan ke semua bahan dan kacau sentiasa supaya tidak berketul dan hangit. Biarkan masak tapi jangan terlalu pekat.
6. Resepi asal menggunakan santan tapi penulis tidak suka rasa lemak pada santan jadi gantikan dengan susu Ideal.
7. Susu Ideal haruslah dimasak terlebih dahulu – boleh sakit perut kalau terus digunakan dari tin.
8. Bila semua dah siap, boleh sediakan dalam mangkuk – ambil sedikit sagu, letak susu dan gula akut tekak masing-masing.
Sekarang boleh makan. Selamat Mencuba!
The post Resepi Sagu Gula Melaka Guna Susu Ideal appeared first on Wanista.com.

DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Singki. Kemas & Senang Capai, Modal Cuma RM20

May 5, 2020 rencah7 0

Selalunya kuali lepas basuh dan kering kita letak bawah singki. Selain orang tak nampak, senang nak ambil bila nak masak.
Tapi mata tetap rimas kalau kuali ini tak tersusun meski pun letak dalam kabinet. Kalau rasa serabut, boleh gantung kuali ini ikut perkongsian Reezal Jelita ini. Modal cuma RM20 tapi hasilnya kuali tergantung kemas.
Guna drawer slide, modal RM20 Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah kabinet singki. Modal dalam RM20 saja. 1. Drawer slide boleh beli kat Shoppe sepasang dalam RM10. Kayu boleh pakai apa-apa kayu yg sesuai.
2. Skru 2 bahagian ni.
3. Pasang hook screw, boleh beli kat Shoppe atau hardware.
4. Screw dulu 1 bahagian. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.
5. Pasang satu lagi bahagian slide.
Dah siap! Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.

Selamat mencuba!
Sumber: Reezal Jelita
The post DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Singki. Kemas & Senang Capai, Modal Cuma RM20 appeared first on Vanilla Kismis.

Cara Simpan Kelapa Parut, Kekal Elok Walau Dah 3 Bulan

May 5, 2020 rencah7 0

Kelapa parut memang banyak kegunaannya. Selain diperah untuk santan kita juga juga untuk membuat kuih, kerisik dan sebagainya.
Sebab itu stok kelapa parut ini memang kena sentiasa ada. Jadi elok juga beli dalam jumlah yang banyak supaya senang bila nak digunakan.
Supaya kelapa parut ini masih elok walau pun disimpan lama boleh ikut perkongsian Ani Zam. Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan hingga dua hingga tiga bulan.
Cara simpan kelapa parut supaya tahan lama 1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang. 2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yg telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit. 4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku.
5. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan sehingga 2 @ 3 bulan. Untuk mendapatkan santan yang pekat , kisar kelapa parut dengan sedikit air..

Resipi Kuih Tepung Gomak Paling Enak & Mudah.

May 5, 2020 rencah7 0

Sedapnya Kuih Tepung Gomak ni lebih-lebih lagi kalau makan waktu berbuka puasa. Lembut, sedikit kenyal dan manis intinya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Bagi anda yang nak cuba. Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA BUAT KUIH TEPUNG GOMAK PALING SEDAP UNTUK BERBUKA

BAHAN DOH:
2 cawan tepung pulut 1 sudu makan tepung gandum 1 cawan santan (tak perlu habiskan) bergantung pada doh CARA ULI :
1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras
BAHAN INTI:
3 cawan kelapa parut putih 1 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1/2 cawan air 1 sudu makan tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air 2 helai daun pandan – disimpul Tepung kacang hijau secukupnya – untuk salut kuih. Boleh beli di kedai bakeri. CARA MASAK INTI:
1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
2. Masukkan kelap..

Memang Macam Di Korea, Ini Resepi Jjanjangmyeon Viral Guna Taucu Anda Kena Try!

May 5, 2020 rencah7 0

Sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang bukan sahaja meminati Kdrama dan Kpop, malah makanan Korea juga menjadi kegilaan. Selain bibimbap, jjanjangmyeon adalah menu tradisi yang turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat kita. Walaupun kelihatan macam mi goreng basah namun rasa menu ini ternyata lain dari yang lain.
Oleh itu, anda sebenarnya boleh buat sendiri sahaja juadah ini di rumah dengan menggunakan taucu. Bahan-bahan lain yang diperlukan pun mudah didapati. Boleh buat untuk juadah berbuka puasa juga kan?
RESEPI JJANJANGMYEON MAKANAN POPULAR KOREA
Mana dia peminat makanan Korea? Ada ni kita masak Jjajangmyeon atau in English, Blackbean Noodles. Sos blackbean (seakan sama ya, yang tulen kena guna blackbean ori punye)kita buat sendiri dengan menggunakan taucu.
Apa rasa Jjajangmyeon ni? Rasanya bukan mcm mee hailam, bukan macam mee goreng basah dan bukan macam kuah yee mee. Rasanya slurrpp yg ada bau ala2 kacang (bukan kuah kacang sate okay), rasa masin-..

5 Koleksi Uniqlo X Hana Tajima Tahun Ni, Cantik Sangat!

May 5, 2020 rencah7 0

Koleksi musim bunga pada tahun ini menampilkan elemen dan tema yang unik, Uniqlo dan Hana Tajima berkolaborasi bersama mengeluarkan fesyen terbaru dengan konsep ‘Changing Body’. Tema ini memberi inspirasi buat wanita untuk berfesyen secara fleksibel mengikut keperluan dan gaya sendiri.
Ini lima koleksi terbaru Uniqlo X Hana Tajima yang bakal memenuhi di butik pakaian Uniqlo pada 8 Mei 2020 nanti.
Jaket Labuh Yang Eksklusif Foto – Arkib Wanista (Jaket wanita yang ringkas tetapi masih kekal ciri elegan) Blous Motif Flora Yang Menawan Foto – Arkib Wanista (Blous sentuhan Hana Tajima X Uniqlo ni serius menawan) Gardigan Ringkas Buat Wanita Santai Foto – Arkib Wanista (Gardigan labuh sesuai untuk digandingkan dengan mana-mana busana) Inner Lembut Dan Selesa Foto – Arkib Wanista (Inner super soft dan selesa ini pasti menjadi kesukaan wanita) Selendang Kepala Yang Anggun Dengan Rona Warna Tegas Foto – Arkib Wanista (Rekaan Hana Tajima tak sah kalau tak ada selendang) Harga yang ditawarkan dalam lingkungan RM19.90 – RM79.90, bagi peminat Hana Tajima dan Uniqlo kamu boleh dapatkan koleksi fesyen terbaru di butik Uniqlo pada 8 Mei 2020 ini nanti.
Rona-rona warna yang di pilih oleh Hana Tajima dan Uniqlo untuk koleksi fesyen musim bunga pada tahun ini sangat tidak mengecewakan. Tambahan lagi dengan tema fesyen yang berkonsepkan ‘Changing Body’ memberikan wanita kebebasan dalam berfesyen secara fleksibel.
Selamat membeli-belah♥
The post 5 Koleksi Uniqlo X Hana Tajima Tahun Ni, Cantik Sangat! appeared first on Wanista.com.

Cara Sukat Air Untuk Masak Agar-Agar Supaya Hasilnya Menjadi Cantik!

May 5, 2020 rencah7 0

Buat agar-agar ni nampak senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Sebab utama adalah kerana salah sukatan air. Kurang air keras, terlebih air lembik berair pulak.
Jadi macam mana sukatan air yang tepat supaya agar-agar kita menjadi. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaleha Rusli ini.
Tip untuk beginner masak agar-agar dengan cantik 1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.

3. Nisbah agar-agar dengan air/apa apa cecair(termasuk susu/santan dsb) adalah seperti berikut:
Nisbah Agar-agar : Cecair 1 bekas agar-agar : 4 bekas air (hasilnya : keras-keras manja tapi kalau suka keras sikit ok dah cantik ) 1 bekas agar agar : 4.5 bekas air (hasilnya : sedang-sedang saja) 1 bekas agar-agar : 5 bekas air (hasilnya : lembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat).
4. Nisbah air 4 atau 5 bekas ikut kekentalan yg disukai. C..

Demi Gelaran Bibir Terbesar Di Dunia, Wanita Bulgaria Suntik 20 Kali

May 5, 2020 rencah7 0

“Bigger is better?”
Pelik tapi benar, pemilik tahta bibir terbesar di dunia kini milik Andrea Ivanova yang berasal dari negara Belkan, Bulgaria. Wanita berusia 22 tahun ini mempunyai impian untuk mendapatkan bibir yang paling besar di dunia dan dirinya tidak akan berhenti selagi impiannya tidak tercapai.
Pada 28 April 2020, Andrea telah membuat suntikan asid hyaluronik yang ke-20 pada bibirnya, saiz bibir wanita Bulgaria menjadi dua kali ganda saiz kuad bibirnya yang sebelum ini.
Foto – Arkib Wanista (Saiz bibir Andrea Ivanova yang terkini Mei 2020, besar betul muncungnya) Foto – Arkib Wanista (Ni pula saiz bibir pada tahun 2019, saiz kuad atau empat kali ganda ni pun bagi Andrea tak cukup besar lagi)) Andrea menjadi taksub untuk membesarkan bibir, pada tahun 2018 Andrea membuat suntikan pertama untuk membesarkan bibirnya dan sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk melakukan suntikan tersebut.
Dan pada bulan Disember 2018, bibir Andrea telah mencapai saiz empat kali ganda dari saiz bibir normal tetapi dirinya menyatakan itu tidak cukup lagi.
Foto – Arkib Wanista (Cantik dan ayu je wajah asal Andrea (kiri), tapi bila dah buat suntikan bibir (kanan) berubah 360!) Maka dari tahun 2018 sehinggalah pada April, 2020 Andrea masih membuat suntikan di bibir, meski ada sesetengah doktor kosmetik telah menasihati Andrea bahawa dirinya tidak perlu membuat suntikan pada bibir lagi.
Namun, demi gelaran untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, Andrea sanggup menyuntik bibirnya berkali-kali sehingga dirinya puas.
Menurut wanita Bulgaria ini dirinya telah menghabiskan sebanyak €2,600 atau RM12,242 untuk ke semua perbelanjaan suntikan bibir yang dilakukannya.
View this post on Instagram 💖💖😎😎
A post shared by Andrea Ivanova (@andrea.andrea345) on May 3, 2020 at 10:34am PDT
Bagi Andrea saiz bibir besar adalah yang terbaik dalam hidupnya dan nampak gaya macam Andrea akan teruskan menyuntik bibirnya sehingga menjadi saiz idaman yang dirinya mahukan. Dengan berpegang pada konsep ‘bigger is better’ dan ‘sayangi bibir’, Andrea akan teruskan misi membesarkan bibir sampai dirinya puas.
Macam-macam manusia ni, terlalu taksub macam ni tak bagus juga.
Rujukan: 1, 2,
The post Demi Gelaran Bibir Terbesar Di Dunia, Wanita Bulgaria Suntik 20 Kali appeared first on Wanista.com.