Soalan:
Sebelum tidur disunatkan berwuduk. Sekiranya terbatal semasa di atas katil, perlukah bangun dan memperbaharui wuduk. Dan apakah kelebihan berwuduk sebelum tidur?
Jawapan:
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.Anhuma, katanya: Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
إِذَا أَتَيتَ مَضْجَعَكَ فَتَوضَّأْ وضُوءَكَ لِلصَّلاةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلى شِقِّكَ الأَيمَنِ، وقلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ، لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ، فإِنْ مِتَّ. مِتَّ عَلَى الفِطرةِ، واجْعَلهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ
Apabila kamu datang ke tempat perbaringan, hendaklah kamu berwudhuk seperti wuduk solat, kemudian berbaring atas lambung kanan, dan berdoalah:
اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ، لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ
“Ya Allah, aku serahkan diriku pada-Mu, dan aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu dengan penuh rasa harap dan takut kepada-Mu. Tiada tempat bersandar dan selamat selain daripada-Mu. Aku beriman dengan kitab-Mu yang Kamu turunkan, dan nabi-Mu yang Kamu utuskan.”
Sekiranya kamu m4ti, nescaya kamu m4ti di atas fitrah dan jadikanlah rangkuman doa ini sebagai akhir apa yang kamu baca. [Riwayat al-Bukhari (6311)]
Dalam sebuah hadis yang turut diriwayatkan oleh al-Bara’ bin ‘Azib R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
“Apabila kamu pergi ke tempat perbaringan kamu, maka hendaklah kamu wuduk seperti kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu.” [Riwayat al-Bukhari (247) dan Muslim (2710)]
Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Hadis ini terdapat tiga sunnah, salah satunya berwuduk untuk tidur kerana dibimbangi Allah mem4tikannya tanpa taharah (tanpa dalam keadaan bersuci). Dan seterusnya supaya mimpinya benar serta jauh dari permainan sy4itan dalam mimpinya dan yang menakutkannya. Ketiga, jika dia m4ti, maka akhir amalannya di dunia adalah bertaharah serta zikrullah.” (Lihat Ikmal al-Mu’lim, 8/207)
Menjawab persoalan di atas, apabila seorang Islam berwuduk untuk tidur dan kemudian terbatal sebelum dia tidur, maka sunat baginya mengulangi wuduk. Ini kerana maksud wuduk di sini supaya seseorang itu tidur dalam keadaan taharah (suci). Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Muaz bin Jabal R.A, daripada Nabi SAW, sabda Baginda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَبِيتُ عَلَى ذِكْرٍ طَاهِرًا، فَيَتَعَارُّ مِنَ اللَّيْلِ فَيَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
“Tiada seorang Islam yang tidur dengan berzikir dan dalam keadaan taharah, kemudian dia terjaga pada waktu malam, lalu dia memohon kepada Allah kebaikan di dunia dan akhirat, kecuali Allah SWT perkenankan hajatnya.” [Riwayat Abu Daud (5042) dan Ibn Majah (3881)]
Muhammad Kamil Abd al-Somad, dalam bukunya al-I’jaz al-Ilmi fi al-Islam wa al-Sunnah al-Nabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat dalam wuduk sangatlah besar untuk tubuh badan manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga buku lali. Justeru, bagaimana pula jika dilakukan wuduk sebelum tidur? Ramai pakar kesihatan sentiasa menganjurkan kita agar membersihkan kaki, mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka. Selain itu, galakan berwuduk juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Sebenarnya terlalu banyak rahsia dan hikmah wuduk kerana kita yakin dan percaya setiap perintah Allah pasti mempunyai maslahat dan manfaat serta menolak mudarat.
Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada mereka yang suka untuk berwuduk dan mengekalinya sebagaimana dilakukan oleh salafus soleh kerana menjunjung perintah Rasulullah SAW. Amin.
Dah
Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz
Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : Oh Media