Dalam menelusuri perjalanan ke jalan yang lurus bukan mudah disangka. Sang 1bl1s sentiasa membisik jalan jalan kejahatan di dalam jiwa raga kita.
Insan seringkali tersungkur tatkala cuba berhijrah kembali menuju jalan cinta Ilahi.
Namun, Allah Maha Penyayang. Hidayah Allah s.w.t akan menyapa hambaNya yang dipilihnya. HambaNya yang tidak putus asa akan memperoleh hidayahNya.
Allah S.W.T tidak sesekali akan berlaku z4lim dengan hambaNya.
Justeru, kita jangan memperl3ceh seseorang insan yang ingin mencari semula jalan kembali menuju cinta Ilahi.
Seseorang insan tidak boleh berubah sekelip mata. Perubahan perlu disertai oleh rasa ikhlas.
Sepotong hadis menyatakan sekiranya kita menghina dan mengatakan seseorang itu bin4sa, maka kitalah itu yang akan binasa.
Kerana kita seolah-olah menidakkan rahmat Allah terhadapnya.
“Jika seseorang berkata: Bin4salah manusia, maka dialah yang paling bin4sa.” (Hadith riwayat Muslim)
Benar, dia telah melakukan kesalahan, janganlah mencaci seseorang itu seolah olah kita ini malaikat suci tiada d0sa.
Jangan menghukvm seseorang itu bagaikan kita ini sempurna.
Bukankah pernah tersebut kisah seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga, kerana hatinya yang bersih memberikan seekor anj1ng yang dahaga dengan air?
Bukan mudah seseorang itu ingin kembali pada Allah. Orang tersebut perlu memperbaiki amalannya.
“… Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.” (Surah Al-A’raaf 7:56)
Seluas luas pintu di dalam Islam adalah pintu taubat. Islam tidak pernah meletakkan perantara di antara Tuhan dengan hambaNya.
Bila-bila masa, di mana sahaja, sedang waktu malam, terkadang waktu siang, sekiranya hamba ingin berhubung dengan TuhanNya, Allah S.W.T sentiasa mendengar rintihan hambaNya.
Berusahalah menempuhi jalan menuju cinta Ilahi. Sedang Nabi Muhammad S.A.W sentiasa bangkit di waktu malam sehingga bengkak kakinya untuk solat.
Ianya menimbulkan perasaan hairan kepada isteri Baginda Aishah R.A.
Sungguh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aishah berkata kepada Baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni d0sa-d0samu yang telah lalu dan yang akan datang”. Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” (Hadith riwayat al-Bukhari)
Ayuh sahabat, marilah kita bertaubat setiap hari. Andai 30 minit diluangkan masa untuk urusan dunia, marilah kita luangkan walaupun sekadar 5 minit mendirikan solat sunat taubat dua rakaat.
Bak kata Ustaz Ebit Lew, solat dua rakaat adalah penyelesai segala masalah dunia. Dengan solat dua rakaat hidup kita akan bahagia.
Jangan lupa berzikir kepada Allah s.w.t. Zikir kepada Allah juga merupakan pintu menuju ke jalan cinta ilahi.
Zikir kepada Allah adalah pintu kepada pintu yang lebih luas lagi (taubat). Zikir kepada Allah kita akan tenang. Zikir kepada Allah, kita akan bahagia.
Sesungguhnya, apabila secebis zikir terbit di bibir insan, itu sapaan TuhanNya agar kembali ke jalan pangkuanNya. Allah S.W.T sangat gembira apabila hambaNya ingin kembali ke pangkuan cinta Ilahi.
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA: Bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.”
Dalam satu hadis yang lain, “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengenderai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu).” (Hadith riwayat Muslim)
Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda:
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadith riwayat Muslim)
Sumber : Iluvislam
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih