Aiskrim Kacang Merah Ni Sedap Untuk Makan Sendiri Atau Jualan

Terasa nak buat ais krim sendiri, bolehlah cuba buat ais krim kacang merah ni. Rugi tak try buat, rasa sedap lemak manis. Boleh buat untuk makan sendiri, boleh buat untuk berniaga. Jomlah buat.

AIS KRIM KACANG MERAH

Bahan-Bahan:

  • 350 gram kacang merah
  • 2.5 liter air masak
  • 1 cawan gula
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 kotak santan (kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 sudu sirap
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1.Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.

2.Didihkan air, masukkan gula.

3.Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.

4.Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

5.Masukkan kacang merah dan kacau sebati.

6.Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

Kredit: Zaky Mat Ali  Via rasa