Adakah Dibolehkan Suami Mengaku Bujang atau Duda Walaupun Bergurau?

Bolehkah Suami Mengaku Bujang atau Duda Walaupun Bergurau? Anda MESTI Baca!

Isu berkaitan pasangan yang sudah berkahwin tetapi berlagak sepert ‘orang bujang’ acapkali dianggap seperti perkara biasa. Malahan itu, demi menutup segala bentuk kecurangan walaupun ada suami orang yang secara terang-terangan mengaku belum berpunya sedangkan sudah beristeri.

Timbul persoalan, apabila ada yang terkeliru mengenai perkara ini. Adakah pengakuan ‘bujang’ tersebut boleh membawa kepada hukvm jatuhnya talak kepada pasangan?

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan nak tanya ustaz. Ada seorang hamba Allah datang bertanya kepada saya.

Ceritanya secara ringkas begini. Si isteri pulang ke kampung dgn membawa anaknya sekali. Dan semasa di airport, isteri ada bertanya kepada suami kenapa mesti memakai pakaian cantik-cantik sedangkan hanya ke airport. Dan si suami membalas dgn berkata. “Nak keluar lah sekejap lagi, kan bujang hari ni”. Tp hakikatnya hanyalah dgn niat gurauan tnpa ada maksud begitu.

Adakah kata-katanya nya itu sebenarnya telah terjatuh talak kepada isteri dia?

Kerana ada kawan isterinya memberitahu walaupun dgn gurauan, hakikatnya telah jatuh talak. Boleh tuan mufti jelaskan. Sangat berh4rap tuan mufti boleh mmberi penjelasan tentang perkara ini.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam WBT,

Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak.

Sighah itu terbahagi kepada dua:

Pertama: Sighah Sarih

Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cer4i, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu. hukvm suami mengaku bujang

Kedua: Sighah Kinayah

Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cer4i sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu. Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “engkau telah kosong,” “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”

Dalam kes diatas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:

– Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga.

– Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin mencer4ikan isterinya.

– Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda.

– Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.

Begitulah seterusnya.

Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak. Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda. Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripaad sebarang kekeliruan. hukvm suami mengaku bujang

Berikut adalah penjelasan hukvm yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.

Soalan:

Saya muskil tentang hukvm mengaku bujang atau duda sedangkan sudah ada isteri

Jawapan:

Jika berbohong, maka ia termasuk salah satu dari d0sa-d0sa besar.

Di bawah ini penjelasan ringkas berkenaan permasalahan yang ada kaitan dengan soalan saudara.

Para ulama ada membicar4kan hukvm seorang yang telah berkahwin, lalu ditanya kepadanya: “Kamu ada isteri?” lalu dia menjawab: “Tidak.” Dengan niat berbohong, maka dia berd0sa kerana berbohong namun tiada apa-apa kesan terhadap hubungan dia dengan isterinya. Hal ini kerana lafaz “Tidak” adalah termasuk dalam lafaz kinayah yang memerlukan niat, sedangkan niatnya adalah berbohong bukan talak. Sama halnya jika dia berkata: “Saya tiada isteri” termasuk di dalam lafaz kinayah.

Selebih itu, para ulama berbeza pandangan tentang orang yang berbohong mengaku dengan lafaz yang jelas telah bercer4i atau telah mentalakkan isterinya. Sebahagian ulama berpandangan talak atau cer4i itu terlaksana secara Diyanatan[1] danQadha’an[2]. Pandangan ini seperti yang disebut oleh Ibn Muflih dari mazhab Hambali di dalam al-Furu’ yang berkata:

“Jika seseorang ditanya: “Kamu telah mentalakkan isterimu?” lalu dia menjawab: “Ya!”Atau dia ditanya: “Kamu ada isteri?” Lalu dia menjawab: “Aku telah talakkan dia.”Sedangkan dia berbohong, maka talak itu terlaksana.”

Manakala para ulama mazhab Hanafi, Syafie dan selainnya berpandangan sesiapa yang mengaku bercer4i secara dusta, maka cer4i itu terlaksana secara Qadha’antidak secara Diyanatan. Di dalam al-Bahr al-Ra’iq dari mazhab Hanafi dinyatakan:

“Sekiranya dia mengaku talak secara berbohong, maka terlaksana talak itu dari sudut Qadha’an (zahir/penghakiman).”

Di dalam Asna al-Matolib Syarh Raudh al-Tolib dari ulama mazhab al-Syafie dinyatakan pula:

“Sekiranya dia mengaku talak secara dusta, tidak tertalak isterinya batinan (Diyanatan), hanya berlaku talak zahiran (Qadha’an).”

Pandangan pilihan:

Pandangan yang menjadi pilihan ialah pandangan ulama mazhab al-Syafie dan Hanafi. Hal ini kerana sesuatu pengakuan mengandungi kebarangkalian sama ada benar atau dusta. Maka orang yang membuat pengakuan dusta dikenakan tindakan berdasarkan zahirnya di mahkamah. Manakala yang didustakan itu tidak berlaku pengakuan tersebut di sisi Allah. Justeru talak itu tidak terlaksana. Inilah pandangan yang lebih rajih.

Wallahu a’lam.

[1] Diyanatan (ديانة): iaitulah talak yang benar-benar jatuh di sisi Allah SWT. Sekalipun dari sudut perundangan tidak thabit talak tersebut disebabkan ketiadaan bukti yang jelas. Sebagai contoh seorang isteri benar-benar yakin suaminya telah mentalakkannya sebanyak tiga kali, maka dari sudut diyanatan isteri tersebut adalah h4ram buat suaminya sehinggalah suaminya berkahwin dengan wanita lain terlebih dahulu. Maka siisteri tadi wajib menjauhi suaminya dan tidak membiarkan berlaku hubungan suami-isteri antara mereka, sekalipun dia tidak mampu menthabitkan percer4ian tersebut di hadapan hakim, sekalipun suaminya mengingkari dan mendatangkan bukti palsu.

[2] Qadha’an (قضاء): iaitulah talak yang dihukvmkan jatuh oleh hakim atau Qadhi berdasarkan zahir disebabkan ketiadaan bukti menunjukkan tidak ada niat atau seperti seseorang yang melafazkan talak kerana terlajak cakap.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih