
“Penghapus kecewa dan putus asa adalah banyakkan berdoa.”Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Ketika kita ada masalah, atau sedang diuji apa yang akan diharapkan oleh seorang hamba adalah meminta pertolongan Allah. Antaranya dengan berdoa, menunaikan solat Taubat, bangun malam, berzikir dan sebagainya.
Namun, hati semakin sempit apabila semakin lama berdoa, semakin rasa doa kita tidak didengar dan tidak dimakbulkan Allah SWT. Hati rasa semakin tawar hati dan menghampiri perasaan putus asa.
Walau hakikatnya, sebagai umat Islam kita tidak boleh berputus asa, namun hati yang sempit dan tidak bertuhankan Allah ini mudah benar berasa putus asa. Firman Allah,
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg k4fir.”Surah Yusuf, ayat 12
Walau dihampar dengan 101 petikan ayat Al Quran dan hadis supaya jangan berputus asa, hati yang sempit itu tidak mampu menghadamnya yang membuat hati berasa tenang dan terus berharap untuk berdoa.
Baca 5 cara ini. Moga ia menjadi pembangkit semangat untuk kita terus berharap dan meminta pertolongan Allah untuk hadir dalam masalah kita.
1. Allah
ya Sami’ (Yang Maha Mendengar) sentiasa dengar rintihan kita
Sedarilah Allah tidak pekak. Allah ya Sami’ adalah salah satu
daripada 99 nama-nama Allah. Andai kita ada sahabat yang merupakan pendengar
yang baik, Allah adalah pendengar yang lebih baik daripada mereka.
Sentiasa sedar, Allah sentiasa mendengar rintihan kita walaupun kita hanya berbisik di dalam hati. Untuk memulakan r1nt1han, mulakanlah dengan menyeru ya Allah ya Sami’. Kemudian mulakan r1nt1han.
2. Allah
ya Basir (Yang Maha Melihat) memandang usaha untuk dekat dengan Dia
Bukan Allah tidak nampak apa yang sedang kita lalui – menangis
teresak-esak, merayu, merintih, hanya untuk mendapatkan pertolongan-Nya. Allah
nampak itu semua.
Kuasa Allah, andai Dia menyatakan Kun Faya Kun, hilang semua masalah kita. Cuma adakalanya, Allah menangguhkan masalah itu selesai supaya kita dekat dengan Dia.
3. Allah
ya Qobidh (Yang Maha Menyempitkan) yang sempitkan kita
Sesungguhnya Allah ya Qobidh yang menyemp1tkan kita – yang membuat
kita rasa sangat terh1mpit dengan masalah. Dia juga ya Basit (Yang Maha
Melapangkan) yang boleh melapangkan kita.
Dengan mengenali-Nya melalui 99 nama-nama Allah, insya-Allah kita akan dapat sedari sebuah kod kehidupan yang membuat kita akan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
4. Bersabar
dan jangan terg3sa-g3sa
Kata Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd. iaitu individu yang
menyebarkan Teknik Asmaul Husna, “Doa adalah penyerahan bukan tuntutan”. Doa
adalah perintah Allah terhadap hamba-Nya.
Walaupun begitu, Allah tidak wajib memakbulkan doa kita. Berdoa adalah salah satu cara seorang hamba melaksanakan perintah-Nya.
“Doa kalian akan dikabulkan selama tidak terg3sa-g3sa. Dia mengatakan, ‘Saya telah lama berdoa, tetapi tidak kunjung dikabulkan.”Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
5. Jadikan
sabar dan solat sebagai penolong
“Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai
penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”Surah Al
Baqarah, ayat 153
Ini mungkin nasihat cliche, tetapi itulah antara formulanya supaya kita sentiasa rasa bertuhankan Allah. Kenapa nama Allah ya Sabur di akhir sekali dalam susunan 99 Nama-nama Allah?
Kerana Allah mahu kita bersabar dengan tiap aturan-Nya daripada sifatnya yang adakalanya menjatuhkan kita, memudaratkan kita. Baca dan fahami maksud tiap nama-nama Allah, anda akan faham maksud saya.
6. Sibukkan
diri
Elakkan bersendirian. Sibukkan diri dengan menyertai apa-apa
program kebajikan atau majlis ilmu agama, supaya kita tiada masa untuk fikir
tentang masalah.
Adakalanya apabila kita bersendirian, kita akan lebih kerap fikir tentang masalah sehingga buat kita selalu tertekan. Saya pernah dapat Private Message (PM) di Facebook yang dia berputus asa untuk berdoa kepada Allah.
Dia tertekan kerana terlalu memikirkan masalahnya malah, membuat dia menghidap peny4kit mental dan tekanan yang tinggi. Saya berikan solusi dengan zikir Penyucian Hati Dengan #TeknikAsmaulHusna.
Alhamdulillah beberapa minggu selepas itu, dia mengatakan dia sudah semakin pulih daripada tekanannya.
7. Teruskan mendekatkan diri dengan Allah
Jangan ambil jalan pesong atau jalan yang Allah tidak suka. Ketika kita diuji, hati yang sempit kebiasaannya akan nampak yang negatif sahaja tentang Allah. Kita jadi seorang pesimis – selalu bersangka buruk.
Akhirnya membuat kita tertekan dengan diri sendiri. Terus dekatkan diri dengan Allah seperti terus menunaikan solat 5 waktu, baca Al Quran.
Walau sukar, berusaha untuk buat walau sedikit. Asalkan jangan tinggal semua. Paling malas, pasang ayat Al Quran, biarkan telinga kita dengar perkara-perkara yang baik untuk makanan r0hani.
Ketahui 3 cara Allah makbulkan doa kita
Kita dapat sesuatu secara terus pada ketika kita berdoa untuknya.
- Allah menunda doa kita sehingga sampai waktu yang sesuai
Bukan Allah tidak memakbulkan doa kita cuma Allah tangguhkan ke suatu masa yang sesuai dalam pengetahuan-Nya.
Kita berdoa di dunia tetapi Allah beri ketika di akh1r4t. Sesungguhnya Allah lebih tahu masa yang tepat untuk memakbulkan doa kita lebih daripada kita mengetahuinya.
9. Cari
bahan ilmiah untuk mengatasi perasaan putus asa
Boleh guna pak cik Google untuk mencari bahan ilmiah. Antara yang
saya sarankan,
- Apa Yang Telah Diberi vs. Dengan Apa Yang Dipinta
- Apabila Digerakkan Hati Untuk Berdoa
- Kenalilah Tuhan Yang Mengujimu
- Video Jangan Berputus Asa: Kita Masih Punya Allah
Secara tidak langsung dengan membaca dan menonton bahan ilmiah akan membuat kita bermuhasabah untuk tidak berputus asa sebaliknya, teruskan berdoa dan berharap hanya kepada Allah SWT.
Insya-Allah apabila mempraktikkan 9 perkara ini ketika kita hampir berputus asa untuk terus berdoa untuk memohon pertolongan Allah, kita akan dapat semangat baru yang membina harap berterusan supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan berdoa kepada-Nya.
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih