8 Doa Mudah Untuk Keluarga yang Aman dan Bahagia

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.“ (QS : Ar-Ruum:21)

Segala penciptaan Allah tersimpan beribu hikmahnya. Begitu juga dalam hal menjalani kehidupan rumah tangga. Selain memberi nikmat berbentuk pasangan, anak-anak, dan rezeki, jangan lupa bahawa keluarga kita juga adalah ladang ibadah dan amal soleh buat kita semua. Keluarga yang diselubungi cinta dan kasih sayang adalah fitrah yang menjadi keinginan setiap manusia. Berikut adalah beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan untuk memelihara diri dan keluarga agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya.

8 DOA KELUARGA BAHAGIA DARIPADA AL-QURAN & HADIS

DOA 1: MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJ4H4TAN

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ

“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.”

(Surah Al-Hujurah: 7)

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, benc1kanlah kami pada kek4firan, kef4sikan, dan kedurh4kaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”

DOA 2: MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

(Surah At-Taubah: 129)

Maksudnya: “Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memelihar4ku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”

DOA 3: MEMOHON DIJAUHI H4SAD DENG KI & d3nd4m DALAM KELUARGA

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.”

(Surah Al-Hashr: 10)

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah d0sa kami dan d0sa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan h4sad d3ngki dan dend4m terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”

DOA 4: MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUK HATI

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Rabbana hablana min azwaj1na wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama”

(Surah Al-Furqan: 74)

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

DOA 5: DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAj1n MENDIRIKAN SOLAT

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a”

(Surah Ibrahim: 40)

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

DOA 6: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DARI MATA J4HAT (‘AIN)

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

“U’izukuma bi kalim4tillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah”

(Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan sy4it4n dan binatang berb1sa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang j4hat.”

DOA 7: DOA MEMOHON CINTA & KASIH SAYANG

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika.

(Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”

DOA 8: MEMOHON ZURIAT YANG BAIK

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.”

(Surah Al-Imran: 38)

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

SENTIASA BERIKHTIAR DAN MEMOHON DARIPADANYA

Tidak ada kurnia sekecil apapun kecuali hanya datang dari Allah. Maka, di samping berikhtiar mencari kecukupan duniawi, sentiasalah kita berdoa kepada Allah kerana Allah jualah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Semoga Allah membimbing kita agar menjadi ibu bapa yang sukses dan role model yang baik bagi anak-anak serta keluarga kita. Insha Allah.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih