7 Zikir Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas & Mudah Hafal.

7 Zikir Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas & Mudah Hafal. Jom Amalkan

Zikir dari segi bahasanya bermaksud sebut dan ingat. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang mudah dan boleh dikerjakan tanpa batas waktu, tempat, dan sebagainya. Waktu selepas solat adalah antara yang dianjurkan untuk kita duduk sebentar dan berzikir. Tak susah pun, sekadar lebih kurang 5 minit saja untuk kita memanjatkan syukur, menambahkan cinta pada Allah, membuang rasa kebimbangan, dan paling penting, memohon ampun kepada Allah.

Berikut adalah himpunan zikir ringkas yang boleh kita amalkan dan mudah dihafal, serta berdasarkan hadis sahih sesuai dengan anjuran Rasulullah SAW.

ZIKIR 1

Astaghfirullahal ‘azim (3 Kali)

Maksudnya: Aku mohon keampunan mu Allah Yang Maha Agung

Allahumma antas salaam, waminkas salaam, wa ilaika ya’udus salaam. Tabar4kta ya dhal jalaali wal Ikram.

Maksudnya: Ya Allah Engkau lah As-Salaam (Yang memberi keselamatan), dari-Mu lah keselamatan, dan keberkatan dari-Mu, Yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

*(Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim)

ZIKIR 2

  • Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.

Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu.

  • Allahumma laa maani’a a’toita, walaa mu’tii lima mana’ta, walaa yanfa’u zaljaddi minkal jadd.

Maksudnya: Ya Allah, tiada Yang menghalang jika Engkau memberi, dan tiada Yang memberi jika Engkau menghalang, dan tiada manfaat usaha yang lebih kerana Engkau yang memberinya manfaat.

*(Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

ZIKIR 3

  • Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.

Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, satu-satunya dan tidak ada sekutu bagi-Nya,
milik-Nya lah segala kerajaan, segala pujian dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

  • Laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Maksudnya: Tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali dari Allah.

  • Laa ilaaha illalloohu, wa laa na’budu illaa iyyaahu, lahun ni’matu wa lahul fadhlu wa lahuts tsanaa ul hasan.

Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, kami tidak beribadah kecuali hanya kepada-Nya. Hanya milik Allah segala nikmat, segala keutamaan, dan segala pujian yang baik.

  • Laa ilaaha illaalloohu mukhlishiina lahud diin, wa lau karihal kaafiruun

Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, dalam keadaan tulus, hanya untuk-Nya agama ini, walaupun orang-orang kafir membenci.

*(Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim)

ZIKIR 4

  • سبحان الله
  • Subhaanallah (33 kali)

Maksudnya: Maha Suci Allah

  • الحمد لله
  • Alhamdulillah (33 kali)

Maksudnya: Segala puji bagi Allah

  • ألله أكبر
  • Allahu Akbar (33 kali)

Maksudnya: Allah Maha Besar

  • Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.

Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu.

*(Berdasarkan Hadis Riwayat Muslim)

ZIKIR 5

  • Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum, laa ta’khudzuhu sinatuw walaa nauum, lahu maa fis samaawaati wamaa fil ardhi mandzalladzii yasyfa’u ‘indahu illaa bi idznih, ya’lamu maa baina aidiihim wa maa kholfahum, wa laa yuhiithuuna bisyai im min ‘ilmihi illaa bimaa syaa’, wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ardh, walaa ya uuduhu hifdzuhuma wahuwal ‘aliyyul ‘adziim.

(Surah Al-Baqarah ayat 255 @ Ayat Kursi)

Maksudnya:

  • Allah tidak ada yang berhak disembah kecuali Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri. Allah tidak mengantuk dan tidaklah tidur. MilikNya apa-apa yg ada dilangit dan dibumi.
  • Tidak ada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah kecuali dengan izin-Nya. Allah Maha Mengetahui apa yang di hadapan dan belakang mereka.
  • Mereka tidak mengetahui sedikit pun dari ilmuNya kecuali dengan apa yang Allah kehendaki.
  • Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidaklah berat dalam memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.

*(Berdasarkan Hadis Riwayat Nasaie)

ZIKIR 6

  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al- Falaq
  • Surah An-Naas

*(Berdasarkan Hadis Riwayat Abu Dawud & Nasaie)

ZIKIR 7

  • Allahumma inni as’aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqan tayyiba, wa ‘amalan mutaqabbala

Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.

*(Berdasarkan Hadis Riwayat Ibnu Majah & Ahmad)

Berikut adalah ringkasan ketujuh-tujuh zikir tersebut dalam bentuk grafik.

Sumber: Facebook Kempen Semak Status Hadis

JOM AMALKAN ZIKIR!

Siapa kata susah baca zikir selepas solat kan? Semuanya pendek belaka dan mudah dihafal. Tak semestinya dibaca ikut turutan. Kalau tak ada kesempatan, pilih satu saja pun boleh.

Tidak terhad selepas waktu solat saja, kita juga boleh mengamalkan zikir-zikir ini sentiasa, walau di mana saja kita berada. Banyak kebaikan mengamalkan zikir, dan ia akan menjadi cahaya bukan sahaja semasa hidup, malah turut menerangi kvbur kita serta memberi manfaat kepada yang sentiasa melakukannya di akh1r4t kelak.

Semoga kita semua diberi keberkatan dan kemanisan dalam mengamalkannya!

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih