Tak perlu menjerit, mengherdik apatah lagi memvkul anak-anak yang deg1l dan tak dengar kata. Sebabnya ada cara lebih baik, lebih berkesan untuk melembutkan hati anak. Perkongsian daripada Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim ini membantu mak ayah yang tengah keres4han.
“Suka saya kongsikan beberapa perkara yang saya praktikkan bersama anak-anak. Sekali lagi ianya adalah pengalaman peribadi yang mungkin sahaja berbeza dengan pengalaman anda. Lain rumah lain didikannya. Feel free to share in sha Allah.”
Senj4ta Melembutkan Hati Anak
(Berdasarkan pengalaman peribadi Puan Pengetua)
1. Sabar, Solat & Doa
Inilah perisai kita bila kita lemah. Inilah kekuatan kita bila kita sedih. Allah sebaik-baik tempat meminta dan mengadu. Berkomunikasilah dengan DIA.
2. Senjata Mata
Senjata mata sangat bermakna. Pandanglah matanya ketika kita bercakap dan berbual dengannya. Dari situlah dia mendapat tahu bahawa kita mengambil tahu akan perihal d1rinya. Dari situlah juga dia melihat akan kasih sayang dari kita. Ketika dia mengadu dan ingin benar bercerita dengan kita, maka pandanglah matanya.
3. Sentuhan & Pelukan
Senjata ini sangat perlu untuk mengembalikan kekuatan dalaman anak. Anak yang tidak mendengar kata, anak yang sukar dibentuk, anak yang dipinggir – ubatnya adalah dengan mendekati mereka. Sentuh dan peluklah mereka. Itu yang mereka mahukan.
4. Sekeping Nota
Sekeping nota seperti ucapan Terima Kasih atau Ummi Sayang Wafi, dan diselit di dalam poket baju sekolahnya sudah cukup untuk mengetuk pintu hati seorang anak. Percayalah, mereka sebenarnya sangat mudah didekati.
5. Hobi
Apa kesukaan mereka? Bola? Basikal? Mewarna? Raikan. Main bersama-sama. Jikalah kita ada konflik dengan anak, cuba ‘tackle’ mereka ketika mereka dengan gembira. InshaAllah, pasti mudah memenangi hati mereka.
6. 30 Minit Waktu Bersama Sebelum Tidur
30 minit sebelum anak mendapat deep sleep (tidur lena) adalah saat paling mudah memberikan mereka nasihat. Manfaatkan waktu ini.
7. Berbual Dalam Kereta.
Kereta antara tempat paling banyak kita habiskan bersama anak. Curi sedikit masa bertanya apa yang mereka lalui hari itu. Jika pagi tadi ada term4rah mereka, ambil masa untuk flashback semula. Selit nasihat dalam keadaan tidak streeess.
Jom kita cuba.
Selamat mendidik dengan kasih sayang.
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : Nasihatustazz