Kenc1ng malam bukanlah sesuatu yang luarbiasa di kalangan anak-anak. Menurut sains, perkara ini berlaku kerana otak mereka tidak merespon kepada rangsangan yang menghantar isyarat untuk pergi ke tandas. Ia selalunya berlaku apabila mereka tidur dengan begitu lena (deep sleep) akibat terlalu letih. Mungkin juga ada masanya ibu bapa terlupa nak bawa anak ke tandas sebelum tidur.
Selain itu, terdapat juga beberapa keadaan yang memungkinkan perkara ini berlaku – contohnya apabila anak anda baru bertukar katil atau tilam.
Jadi, mahu tak mahu kita tentu akan melalui perkara ini apabila ada anak kecil. Maka, eloklah kalau kita tahu bagaimana cara bersihkan tilam yang paling berkesan, sekaligus menyahkan bau hanc1ng yang agak sukar dihilangkan.
7 CARA BERSIHKAN TILAM YANG BERBAU HANC1NG & KESAN KOT0RAN DEG1L
Berikut adalah cara bersihkan tilam yang terkena kenc1ng dan menghilangkan baunya agar kembali segar.
1. BERTINDAK SECEPATNYA
Sebaik saja anda perasan bahawa anak anda terkenc1ng pada tilam, seeloknya bertindaklah dengan segera!
Ini kerana, kita ingin menghalang air kenc1ng tersebut daripada menyerap dengan cepat ke dalam lapisan tilam. Makin banyak ia menyerap, makin susahlah baunya dihilangkan.
Ada 2 perkara yang perlu anda lakukan dengan pantas:
- Buka cadar dan alihkan segala bantal/selimut yang terkena kenc1ng.
- Ambil kain kering atau tisu dan serapkan sebanyak mungkin air kenc1ng yang masih tinggal.
2. SABUN PENCUCI
Ambil sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kenc1ng. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Tekan dengan kuat untuk menyerap lebih banyak lembapan.
Untuk kesan terbaik, gunakan sabun pencuci berasaskan enzim. Ia akan menguraikan asid urik yang menjadi punca kesan kot0ran dan juga bau hanc1ng.
3. CUKA
Ada masanya sabun pencuci tak cukup kuat untuk menghilangkan bau hanc1ng yang terlalu kuat. Maka, anda boleh cuba menggunakan cuka sebagai alternatif kepada sabun untuk mengembalikan kesegarannya.
Caranya mudah. Ambil cuka putih (white distilled vinegar) yang biasa digunakan di dapur. Tekapkan cuka ini pada kain dan kesatkan pada tompokan air kenc1ng selama 10-15 minit.
Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, bakteria, dan kuman. Ini semestinya akan membantu menghilangkan bau hanc1ng dengan lebih berkesan.
4. SODA PENAIK
Selepas mencuci dengan cuka atau sabun, taburkan soda penaik (‘baking soda’) atau soda bikarbonat pada tompokan air kenc1ng tersebut. Lebih banyak lebih bagus kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kot0ran yang masih tertinggal.
Biarkan sehingga kering. Lebih ideal jika dibiarkan semalaman. Berus atau vakum selepas kering.
5. CAMPURAN H1DROGEN PEROKS1DA
Hidrogen peroksida adalah sebuah larutan antibakteria dan ia boleh didapati di farmasi biasa seperti Guardian. Iai adalah salah satu formula utama bagi penghilang kot0ran, kesan kekuningan dan bau hanc1ng yang amat berkesan dan telah dicuba ramai. Bahan-bahannya adalah seperti berikut berikut:
- 8oz hidrogen peroksida
- 3 sudu besar ‘baking soda’
- setitik sabun pencuci pinggan
Campurkan hingga ‘baking soda’ melarut dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ yang kosong. Semburkan ke tompokan air kecing dan biarkan ia mengering. Selepas kering sepenuhnya, gunakan vakum untuk menyedut habuk atau kesan ‘baking soda’ yang tertinggal. Hasilnya mengagumkan!
6. JEMUR DI BAWAH MATAHARI
Setelah mencuci dan membersihkan kesan air kenc1ng pada tilam, cuba keringkan tilam tersebut di bawah sinaran matahari. Jika tak mampu berbuat demikian, pastikan anda memasang kipas dan buka tingkap supaya udara dapat mengalir dengan lebih efisyen.
Sedikit sebanyak proses ini akan mambantu tilam anda agar betul-betul kering.
Jangan lupa untuk memeriksa bahagian bawah tilam untuk mengesan sama ada tompokan tersebut tembus pada bahagian tersebut. Ramai yang tidak perasan dan terlupa membersihkan bahagian bawah tilam – ia akan menyebabkan tilam kembali berbau hanc1ng selepas beberapa hari.
7. SEMBURKAN PENYEGAR
Untuk menambah bauan segar pada tilam anda, bolehlah menambahkan 4-5 titisan pati minyak aromaterapi seperti lavender. Kalau tiada, gunakan penyegar bauan biasa seperti Febreze.
Sebenarnya, anda boleh juga menitiskan minyak ini ke dalam soda penaik yang akan ditaburkan pada tilam tersebut. Caranya, titiskan minyak aromaterapi tersebut ke dalam bekas berisi soda penaik. Goncangkan hingga sebati dan taburkan pada kesan tompokan air kenc1ng. Biarkan selama 10 minit dan vakumkan hingga bersih.
Langkah ini juga boleh dilakukan untuk membuang bau hapak atau menyegarkan tilam anda, walaupun tidak terkena kenc1ng.
ULANGI JIKA MASIH BERBAU
Sekarang, tilam anda akan kembali wangi dan segar. Jika ia masih berbau, anda boleh mengulangi langkah di atas sebanyak 1-2 kali lagi, terutamanya jika tilam tersebut tebal dan susah dikeringkan.
Langkah di atas juga boleh diaplikasikan kepada kesan kot0ran atau tompokan air kenc1ng yang telah kering.
*Nota: Melalui FiqhMedic.com, ada dijelaskan bahawa jika tilam terlalu besar dan berat, tidak wajib mengangkat tilam tersebut dan memerahnya. Ini sama dengan najis di atas tanah. Bahan-bahan pencuci yang disemburkan kepada tempat najis tersebut dan bahan itu berfungsi menukarkan najis kepada sejenis bahan yang baru dan hilang sifat-sifat najisnya.
Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a: “Sesungguhnya seorang arab badawi telah kenc1ng dalam masjid, maka nabi s.a.w. memerintahkan agar dicurahkan sebekas air ke atas tempat kenc1ngnya”
Menurut sumber tersebut juga, jika air kenc1ng itu sudah kering dan puan bersentuh pakaian atau kulit pada bekasnya, maka itu tidak mengapa. Pakaian atau kulit yang bersentuhan itu tidak dianggap bernajis kerana ianya kering.
Dah
Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz
Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : petuaibu