Wanita Kongsi Resepi Mi Sup Pedas Cina, Masakan Terhasil Bila Suami ‘Terliur’ Tengok Mukbang Cina

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Puan Zurina Zulkefli ada berkongsikan satu resepi Mi Sup Pedas Cina atau nama betul masakan ini adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).

Masakan ini terhasil apabila suami terpengaruh nak makan macam dalam mukbang Cina. Cara membuatnya sangat mudah, biasanya bahan pun ada kat dapur saja.

Nak cuba? Jom lihat resepi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

RESEPI MI SUP PEDAS CINA

Bahan Utama:

  • Minyak cili
  • Air rebusan stok ayam
  • Mi kanji Ubi (sweet potato noodle)
  • Telur rebus

Cara-Cara:

1. Untuk menyediakan minyak cili, sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan 1 sudu cili flakes, 2 ulas bawang putih dicincang halus, 1 sudu kecil biji bijan, 4 sudu besar kicap cair dan sedikit garam. Gaulkan semua bahan tersebut.

2. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan. Kemudian terus tuangkan minyak tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi. Kacau rata dan ketepikan.

3. Rebus mi kanji ubi selama 10 minit untuk dapatkan tekstur yang betul-betul lembut. Toskan dan letak dalam mangkuk.

4. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.

5. Tuangkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.

6. Siap.

7. Taburkan sedikit hirisan daun bawang.

9. Masukkan juga telur rebus.

Selamat mencuba!

Kredit: Zurina Zulkefli Via Myresipi