Wajib Ambil Tahu Adakah Halal Haiwan Yang Disembelih Tanpa Nama Allah..Mohon Sebarkan!

Islam menganjurkan umatnya untuk berbuat ihsan terhadap sekeliling sama ada terhadap haiwan untuk disembelih atau dibv nvh.

Bahkan, selalunya kita akan melihat proses penyembelihan umat Islam yang amat berbeza dengan cara Barat. Bermula dengan memastikan pisau yang digunakan untuk disembelih diasah agar tidak menya k1tkan penyembelihan, memberi haiwan tersebut makan dan juga menyebut nama Allah sebelum disembelih.

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺘَﺐَ ﺍﻟْﺈِﺣْﺴَﺎﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻗَﺘَﻠْﺘُﻢْ ﻓَﺄَﺣْﺴِﻨُﻮﺍ ﺍﻟْﻘِﺘْﻠَﺔَ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺫَﺑَﺤْﺘُﻢْ ﻓَﺄَﺣْﺴِﻨُﻮﺍ ﺍﻟﺬَّﺑْﺢَ ﻭَﻟْﻴُﺤِﺪَّ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﺷَﻔْﺮَﺗَﻪُ ﻓَﻠْﻴُﺮِﺡْ ﺫَﺑِﻴﺤَﺖَ

Maksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh, maka berbuat ihsanlah dalam cara pembv nvhan dan jika kalian menyembelih, maka berbuat ihsanlah dalam cara menyembelih, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan parangnya dan menyenangkan sembelihannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1955)

Dari sekecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya, kita perlu menitikberatkan ihsan terhadap mereka agar dikurangkan kesa kitan.

Berikutan dengan membaca nama Allah sebelum penyembelihan, jumhur ulama berpendapat bahawa ia merupakan salah satu syarat penyembelihan bagi menghalalkan binatang tersebut.

Bahkan, terdapat sebahagian ulama yang berpendapat bahawa, haram memakan makanan yang tidak disembelih tanpa nama Allah.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita akan makan di restoran-restoran yang tidak diketahui sama ada daging yang dimasak itu menggunakan nama Allah dalam proses penyembelihannya. Barangkali mereka menggunakan daging import yang diproses menggunakan mesin.

Jadi, apakah hukum memakan daging ini dan bagaimana pula dengan statusnya?

Terdapat dua pendapat daripada empat mazhab yang telah dibahaskan oleh para ulama, iaitu:

#1 – Halal Dimakan

Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Maliki menghukumkan daging ini adalah halal dimakan walaupun semasa proses penyembelihannya tidak disebut nama Allah kerana ia hanya sunnah dan bukan syarat sah untuk penyembelihan.

Yang menjadikannya tidak halal ialah jika haiwan tersebut disembelih dengan nama tuhan lain. Hal ini ada disebut dalam kitab-kitab dari golongan mazhab Syafi’e:

وأجاب عنه الشافعية أن المراد مما لم يذكر اسم الله عليه بأن ذكراسم غيره عليه فنزلت الآية ناهيا لهم عن أن يأكلوا مما سموا عليه آلهتهم بخلاف ما لم يسم عليه أصلا فيحل، لأن التسمية سنة عندنا

Maksud: “Golongan Syafi’iyyah menjawab bahawa yang dimaksudkan tidak disebut dengan nama Allah adalah menyebut dengan nama tuhan lain selain Allah. Maka, disebabkan itu turunlah ayat yang melarang mereka memakan makanan yang telah disembelih dengan menyebut nama tuhan-tuhan mereka. Berbeza jika pada awalnya telah disedari (sembelihan itu) tanpa basmallah, maka itu adalah halal. Kerana mengucapkan basmallah adalah sunnah.” (Hadis Riwayat Baihaqi, 1/286)

Tambahnya lagi, cukuplah proses memasak atau sebelum makan itu disebut dengan nama Allah, maka makanan itu adalah halal dimakan (terhadap makanan yang halal).

Manakala dalam Mazhab Hanbali, menyebutkan tasmiyyah atau nama Allah adalah syarat sah tetapi tidak mengapa sekiranya terlupa.

#2 – Haram Dimakan

Mazhab Hanafi berpendapat haram dimakan daging yang tidak disembelih dengan nama Allah berdasarkan dalil daripada Al-Quran yang menyebut:

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّـهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

Mafhum: “Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa).” (Surah Al-An’am, 6:121)

Pendapat ini juga dipegang oleh Mazhab Maliki – bacaan tasmiyyah adalah syarat sah dan tidak boleh ditinggalkan secara sengaja namun tidak mengapa sekiranya tidak sengaja.

Kesimpulan

Berdasarkan ayat ini, menurut Ibrahim al-Bajuri, pada hakikatnya hukum memakan daging hewan yang disembelih tanpa bismillah adalah halal. Apalagi kalau yang menyembelih adalah orang muslim. Cukup ucapkan basmalah saja saat akan memakannya, sebagaimana sabda Rasulullah Saw. dalam hadis berikut ini yang diriwayatkan oleh beberapa ahli hadis seperti Imam Bukhari, Abu Daud, Ibnu Majah, Daruqudni, Darimi dan masih banyak lagi lainnya, yaitu:

عن عائشة رضي الله عنهاأن قوما قالوا يا رسول الله إن قوما يأتوننا باللحم لا ندري أذكروا اسم الله عليه أم لا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم سموا الله عليه وكلوه

Artinya: dari Aisyah radhiyallahu anha, sesungguhnya ada sebuah kaum berkata, “ya Rasullah Saw. ada sebuah kaum memberi kami daging tapi kita tak tahu apakah mereka menyebut nama Allah (saat menyembelihnya) atau tidak,” Rasulullah Saw. menjawab, “Bacalah bismillah lalu makanlah.”

Walau bagaimanapun, melihat kepada pendapat jumhur ulama yang mewajibkan untuk menyebut nama Allah untuk menyembelih, umat Islam seeloknya memilih untuk memakan haiwan yang diyakini cara penyembelihannya adalah halal.

Wallahu a’alam.

Sumber: tzkrh.com