Teringin Nak Buat Roti Jala? Ikut Resepi Yang Simple Ini. Mudah, Lembut & Confirm Jadi!

Roti Jala memang sudah selalu kita jamah. Kiraian roti yang dicicah bersama kuah kari pekat ini memang terangkat kalau tengah lapar.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Azwa MohtarSukatan yang mudah dengan cara yang cukup simple memudahkan ibu-ibu yang baru nak cuba!

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma

Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi resepi membuat roti jala.. kalau dah ada sukatan mudah kita nak dapatkan hasil yg standard.. xde la kejap cair kejap pekat adunan kita..

Bahan-bahan :

  • 1kg Tepung gandum
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu besar garam halus
  • 1 sudu kecil pewarna kuning telur
  • 1.7liter air biasa

Cara membuat: 

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pasti ia tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.

2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.

3. Angkat dan gulung dengan kemas. lakukan hingga habis adunan.

Nak MENANG Hadiah Menarik selain resepi dan tips mudah ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/inspirasiresepicom

Sumber : Majalah Perdana

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma