Wanita ini kongsikan cara buat telur goreng masak asam yang sangat sedap. Resipi turun temurun dari 4rw4h opah yang dipelajari oleh ibunya dan kini diwarisi oleh beliau pula. Jom cuba!
Resipi Telur Goreng Masak Asam
Bahan-bahan:
- Telur goreng
- Bawang besar hiris
- Bawang putih hiris
- Halia hiris
- Cabai masak hiris
- Cili padi hiris
- Air asam jawa
- Gula dan garam
Cara-cara Memasak :
1. Guna minyak goreng telur tadi.
2. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu.
3. Masukkan air asam jawa. Pekat atau cair terpulang pada selera anda.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan telur mendidih sekejap.
5. Tutup api. Siap!
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Noriza Jaja
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri