Pokok sup memang antara tanaman yang cerewet. Tak boleh terkurang dan terlebih air langsung. Sebanarnya, nak tanam pokok sup tak lah susah jika kena pada tekniknya. Ia mudah dibiakkan melalui keratan batang yang dibeli dipasar ataupun biji benih.
Sebelum ini ada kongsikan tip atau cara untuk biakkan pokok sup yang dibeli dari pasar. Kali ini, nak kongsi pula cara pembiakkan melalui biji benih.
Ikut sahaja perkongsian oleh Noor Izzati ini.
CARA SEMAI DAUN SUP DARI BIJI BENIH
1. Beli biji benih di Shopee sahaja.
2. Sediakan pasu kecil atau bekas semaian. Campur peatmoss dan cocopeat sama banyak. Jika cocopeat 1kg, peatmoss pun sama juga. (Boleh beli di nursery atau kedai pertanian)
3. Masukkan tanah ke dalam bekas semaian tetapi jangan ditabur benih dulu ya. Siram dahulu air sehingga tanah betul-betul basah.
4. Kemudian, baru taburkan benih pokok daun sup dan tutup nipis dengan tanah semaian tadi.
5. Letak di tempat yang mempunyai cahaya tetapi jangan terus kena pada matahari ya.
6. Biarkan ia tumbuh dalam masa lebih kurang dua minggu. Jangan lupa siram bila tanah sudah kering.
Hasil Selepas Dua Minggu:
7. Bila sudah besar, anak benih daun sup yang merimbun ini saya bahagikan kepada 6.
8. Jangan tanam dalam sangat, cukup untuk tutup akarnya. Kemudian, letak di tempat yang ada cahaya tetapi tidak kena cahaya matahari secara terus.
Selamat mencuba.
Kredit: Noor Izzati Via Rasa