Sambal ikan ni makanan ringkas saja tapi antara menu wajib setiap minggu. Rasa seimbang pedas, manis, masam dia memang buat nasi bertambah.
Jom kita cuba resepi yang dikongsi Umi Watie ini.
SAMBAL IKAN
BAHAN-BAHAN:
- Ikan | dibersih dan digoreng terlebih dahulu
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- ¼ inci halia
- 4 sudu besar pes cili kering
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- ¼ cawan air
CARA-CARA:
1. Goreng ikan terlebih dahulu. Baki minyak ikan tadi, kita tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan pes cili kering. Seeloknya pes cili tu kita kisar sendiri.
2. Tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak. Kalau guna kuali biasa ni kena pandai jaga api. Selalu kacau-kacaukan supaya tak hangit.
3. Biar sampai pecah minyak. Nak tahu macam mana sampai nampak naik buih-buih minyak tu.
4. Bubuhkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kalau cili giling beli kat kedai tu kadang masam sangat, kadang tengik dah, senang kata susah nak dapat yang sedap.
5. Masukkan air dalam ¼ cawan. Biarkan merenih dan sambal sedikit memekat.
6. Bila sambal nampak dah memekat, bolehlah masukkan ikan goreng kita tadi. Perasan tak, saya tak bubuh pun garam. Sebab sos tiram dan ikan goreng kita tadi kan dah masin.
7. Masukkan bawang merah sebagai hiasan. Nama je hiasan, tapi sambal kalau tak bubuh bawang gini macam tak sedap je kan?
8. Akhir sekali saya bubuh gula. Kacau semua rata. Kalau korang rasa kurang masin tambah sendiri ye. Sambal ni kena seimbang rasa dia.
Kredit resepi: Umi Watie Via Rasa