Tak Perasan Ni Sayur, Cuba Terung Goreng Rangup Ala Fries, Memang Sedap!

Bila sebut sahaja sayur, anak-anak mulalah liat untuk makan. Ubah gaya dan jadikan sayur versi rangup. Anak mesti suka.

Jika sebelum ini bayam atau sawi jadi pilihan, olah pula terung untuk dijadikan fries. Rangup dan sedap. Jom cuba perkongsian resepi Syahirah Adnan.

Sedap terung goreng ni. Semalam tengok member dalam group ni share macam mana dia nak tarik minat anak makan sayur.

Alhamdulillah saya baru je goreng ni untuk kudapan petang anak, berebut diorang. Yang ni saya gaul dengan tepung bestari je.

Tq pada “baba” yang share resepi & tips ni. Ha gambar kedua tu, kita repeat lagi goreng untuk dinner. Ada kawan-kawan dalam group cakap potong bentuk jejari pun sedap.

Masha Allah lagi sedap!! Mcm fries!!!

Cara-Caranya

1. Basuh bersih terung dan potong ikut kesukaan. Nak rangup, potong nipis-nipis.

2. Lepas cuci terung tu, saya terus gaul dengan tepung bestari je. Tepung tak payah bancuh guna air.

3. Lepas tu panaskan minyak dan terus goreng. Kena minyak banyak macam goreng fries tu. Nak rangup kena goreng garing sikit.

4. Nak rangup, masuk masa minyak betul-betul panas tapi api jangan besar.

5. Siap

Selamat mencuba!

Kredit: Syahirah Adnan. Via Pama