Susah Nak Jumpa Vadai Donut? Buat Sendiri Ikut Resepi Ini

Lamanya tak makan vadai kan, terutamanya vadai yang bentuk donut. Lagipun susah nak jumpa orang jual vadai.

Bahannya mudah saja, tapi cara buatnya agak mencabar sikit nak jadikan bentuk macam donut dengan adunan yang melekat dan lembik.

Vadai sedap dimakan masa panas-panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Dah sejuk pun masih lembut.

Menurut resepi yang dikongsi Nur Masri ini, boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak. Kemudian, boleh frozen dan hanya panaskan guna air fryer saja.

RESEPI CARA BUAT VADAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan /250g kacang ulunthu (boleh dibeli di mydin atau kedai India)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili kering
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

1. Basuh dan rendam ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.

2. Toskan air dan kisar ulunthu dengan sedikit air sehingga halus (jangan banyak air nanti susah nak bentukkan)

3. Bila kacang ulunthu halus, masukkan jintan manis kisar sekejap.

4. Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk, masukkan tepung beras dan baking soda. Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu, bolehlah potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.

 

5. Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
6. Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut.
*Celup tangan dalam air, ambil sedikit adunan. Letak adunan membulat atas tapak tangan @ daun pisang.

 

*Celup jari telunjuk dalam air, buat lubang dengan jari telunjuk untuk membentuk seperti donut.

 

* Terbalikkan adunan tadi ke atas jari tangan kanan.

 

* Jatuhkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan.

 

* Tunggu hingga bahagian bawah agak perang sedikit, baru terbalikkan. Vadai akan timbul di permukaan minyak. Kalau terbalikkan semasa masih lembut, bentuknya akan rosak.

*Goreng hingga keperangan.
*Jika adunan cair, boleh tambah tepung beras.

Sumber: Nur Masri Via Rasa