Sungguh Berkhasiat Air Limau Kasturi Selain Turunkan Tekanan Darah & Kikis Kolesterol, Elok Amalkan Untuk Awet Muda.. Apa Kata Cuba Terus Malam Ni?

Nampak kecil tapi tak sangka rupa-rupanya air limau kasturi ni mempunyai khasiat yang cukup besar untuk tubuh badan.

Bukan sahaja sebagai penghilang dahaga, air limau kasturi juga dikatakan sebagai bahan detoks yang baik untuk kita amalkan.

Dr Rizal Abu Bakar berkongsi di laman Facebooknya, antara tiga sebab kenapa kita digalakkan mengamalkan minum air limau kasturi. Bukan sahaja diminum sebagai bahan untuk menangkis lemak kolesterol jahat, air limau kasturi juga berperanan dalam menjadikan wajah awet muda.

Pastikan air limau kasturi ini menjadi pilihan anda setiap hari untuk manfaat kepada tubuh badan.

3 SEBAB PERLU MINUM AIR LIMAU KASTURI

Limau kasturi kecil. Khasiatnya besar. Mudah tumbuh.

Harganya murah. Mudah disediakan.

Selain detoks yang baik limau kasturi ada:

1.Phloretin

            Lebih tinggi dari epal. Lebih tinggi dari teh hijau. Bekal kuasa anti oksida luar biasa. Nikmatnya nanti ialah                  awet muda

2.Vitexsin

           Bahan power untuk darah tinggi dan jantung. Turunkan tekanan darah. Kikis lemak kolesterol jahat.

3.Asid Ferulik

           Untuk hilangkan kedut pada kulit. Apabila ke kedai makan, order air ini. Letakkan madu. Nikmat dan khasiat             diraih selalu.

          Apa kata cuba terus petang ni?