Sotong Rebus Serai, Resepi Paling Mudah & Sedap

Menu sotong rebus serai ini banyak nama yang diberi. Kalau di Kelantan, dipanggil masakan sotong ketuk/katok serai.

Ada juga orang beri nama singgang sotong, masak rebus asam, masak bening. Tak kisahlah nama apa pun, yang penting resepi ini sangat mudah dimasak dan sangat sedap.

Menerusi perkongsian daripada Syahr Musafir, bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan sekejap saja memasaknya.

RESEPI CARA BUAT SOTONG REBUS SERAI @ SINGGANG SOTONG

BAHAN-BAHAN:

Sotong

  • 2-3 batang serai | dititik/diketuk
  • 2-3 bawang merah besar | dihiris
  • 4-5 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 asam keping
  • 2 cili hijau besar
  • 2 cili merah

 

CARA-CARA:

1.Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.

2. Apabila mendidih, masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata. Biarkan ia mendidih.

3. Apabila mendidih, saya terus matikan api. Nampak sotong sudah pun masak. Tak nak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat.

4. Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Tapi saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam bersama bayam praksi.

5. Masakan sotong rebus serai ni sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap subhanallah walhamdulillah tak terkata.

6. Hidangkan bersama ulaman dan lauk lain. Untuk hidangan saya, ada budu bersama mangga, perahan limau dan cili. Letakkan sekali tempoyak atau durian.

Kredit : Syahr Musafir via rasa