Selain nugget, sosej juga menjadi kegemaran anak-anak. Kalau nak yang versi sihat, buat sahaja di rumah menggunakan bahan semulajadi. Boleh buat banyak-banyak dan simpan, anak pun seronok dapat selalu makan.
Resepi Sosej mudah & sihat untuk anak-anak!
Bahan-Bahan:
- 600gm isi ayam
- 2 biji telur
- 1 biji bawang merah besar/holland
- Mushroom seasoning/ Oregano
- 4 sudu besar tepung ubi
Cara-cara:
1. Kisar sekali semua bahan kecuali tepung ubi
2. Tambahkan tepung ubi ke dalam bahan kisar dan gaul sebati
3. Masukkan bahan tadi dalam piping beg dan mampatkan dalam acuan. Bubuh biar padat tau, supaya tak lerai. (Yang nak guna cling wrap pun boleh tapi pastikan plastik yang digunakan tu tahan haba lah nanti bahaya pula untuk kesihatan)
4. Kukus selama beberapa minit – saya kukus 10 minit
5. Boleh simpan dalam bekas dan bekukan
6. Selepas digoreng dalam air fryer. Nampak kejung sebab tak spray minyak. Tapi rasanya sangat Sedap!
7. Tak berapa sesuai deep fry sebab yang ni takdelah mampat macam sosej biasa. Kalau nak pan fry, letak atas kuali dengan sedikit minyak. Balik-balikkan untuk masak sekata. Selamat mencuba!