Set Nasi Kak Wok, Menu Ringkas & Lengkap Ramai Yang Suka!

Siapa sahaja yang tidak pernah merasa keenakan nasi kak wok, meskipun menu ringkas hanya dengan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan, namun menu ini sudah mampu memberi kepuasan rasa ketika menikmatinya.

Tidak dinafikan juga, dengan menyediakan menu ini menjadi lebih mudah kita sebagai ibu menyediakan menu untuk keluarga. Maklumlah tidak perlu pening kepala memikirkan menu sayur, lauk pauk dan sebagainya untuk dijadikan padanan serasi  hidangan yang disediakan.

Cukup hanya masak set nasi kak wok, semuanya lengkap tersedia!

Jadi jom sediakan menu ringkas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.

Ayam Goreng Kak Wok

Bahan:

  • 7@8 ketul ayam-potong kecik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan tepung bestari pedas
  • Garam dan perasa

Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam. Selepas itu goreng garing

Sambal belacan

Bahan:

  • 15@20 tangkai cilipadi
  • 1 inci belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
  • Garam ,perasa dan gula

Cara:

  • Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
  • Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
  • Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
  • Masukjan 3@4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
  • Gulai kak wok versi akak

    Bahan:

    • Segala tulang dan kaki ayam-cincang
    • 2 biji bawang besar-hiris nipis
    • 4 ulas bawang putih-hiris
    • 1 inci halia
    • 2 peket kecik rempah kari daging babas
    • 1/2 peket kecik rempah kerutub adabi
    • 1 biji terung-potong kecik
    • 3@4 batang kacang panjang-patah-patahkan
    • 1/2 kotak kecik santan
    • 2 keping asam keping
    • 1 sudu makan gula merah
    • 1 sudu makan gula putih
    • Garam dan perasa

    Cara:

  • Bancuh kedua rempah dengan air
  • Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
  • Masukkan rempah dan tumis garing
  • Masukkan 1 mangkuk air..
  • Masukkan tulang ayam dan sayur
  • Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
  • Masukkan asam keping dan santan
  • Seimbangkan rasanya dan kepekatan kuahnya.
  • Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan 2@3 helai

    Sumber : Mazliza Ahmad Via Keluarga