Sandwich Tuna Telur Mayo, Makan Bila-Bila Pun Sedap

Resepi sandwich tuna telur mayo perkongsian dari Fatimah Saari ini cukup ringkas. Intinya menggunakan campuran tuna dan telur yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain.

Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Bagi anda yang tercari-cari juadah ringkas dan pada masa yang sama mudah disediakan, resepi sandwich ini

Resepi Sandwich Tuna Telur Mayo

Bahan-Bahan:

  • 1 pek roti buku
  • Mentega
  • 3 biji telur rebus – dilenyek
  • 4-5 sudu makan mayones
  • 2 tin tuna
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • Tomato – hiris
  • 4-5 keping keju
  • 1/2 biji lemon
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam

Cara Membuatnya:

1.Rebus telur hingga masak. Kupas kulit kemudian lenyek hingga halus di dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan tuna, bawang besar yang telah potong dadu kecil, serbuk lada hitam, jus lemon dan juga mayones.
3.Gaul bahan-bahan tadi hingga semua sebati dan bercampur rata. Rasa sedikit untuk sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.

4.Ambil kepingan roti dan sapu mentega.
5.Letak kepingan keju, tomato dan sudukan inti tuna tadi dengan secukupnya.
6.Lapikkan dengan sekeping lagi roti dan potong mengikut saiz yang digemari.
7.Sandwich Tuna Telur Mayo sedia untuk dinikmati.

Sumber : Fatimah Saari Via Myresipi