
Entri kali ini kami kongsikan cara membuat sambal belacan tomyam yang sememangnya sangat sedap dan padu. Cukup semua rasa masam, masin, manis, pedas nya. Sambal belacan thai ni salalunya menjadi tarikan utama di kedai-kedai Tomyam. Nak tahu rahsia buat sambal belacan yang padu? Ikuti perkongsian oleh Ummu Naim Qalaq di bawah. Menurutnya, resipi ini dipelajari dari isteri tokeh kedai tom yam melayu siam. Jom cuba!
Sambal Belacan Tomyam Yang Sedap dan Padu!
Bahan-bahan:
- 10 biji cili api + 3 biji cili merah
- 3 ulas bawang putih yang besar (kalau kecil, letak 5 ulas)
- Belacan (guna belacan hitam + putih, bakar/goreng dahulu)
- Gula
- Garam
- Ajinamoto jika suka
- Asam kasturi (ambil jus sahaja, ambil agak banyak biar rasa masam)
- Sedikit cuka

Cara-cara Membuatnya:
- Kisar semua bahan guna butang pause. Tak nak terlalu halus. (supaya kasar macam di kedai tomyam yang selalu kita makan tu)***
- Perasakan dengan secukup rasa.
- Siap!
Nota: Belacan hitam tu belacan belah utara. Sedap belacan ni.

***Boleh buat stok sambal ni banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Nak makan tinggal ambik je.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Ummu Naim Qalaq
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti