Resepi Sagu Gula Melaka, Begini Tipnya Nak Pastikan Sagu Sebiji-biji Dan Tak Melekat!

Menikmati enaknya manisan Sagu Gula Melaka bersama keluarga tentu menyelerakan. Apatah lagi jika terhidang cantik sempurna.

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Aqilah Jufri malah turut berkongsi tip untuk pastikan sagu dapat dimasak sebiji-biji tidak melekat. Ini perkongsiannya.

Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan – Bahan :

  • Sagu
  • Pewarna
  • 1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
  • 2 sudu gula Melaka
  • 1 ketul gula merah
  • 1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
  • Secubit garam
  • 1/2 air
  • Isi jagung (tak ada pun tak apa)

Cara – Cara :

1. Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).

2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.

3.Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam. Biarkan masak seketika.

4. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.

*TIPS SAGU*

  • Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
  • Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
  • Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
  • Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
  • Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
  • Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.

Sumber : Nur Aqilah Jufri via MAHN
Kredit : Majalah Perdana

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma