Bagi penggemar sajian pedas bercili, resepi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis perkongsian saudari NurulAin Alaui ni boleh anda cuba. Sangat mudah dan ringkas sahaja resepinya tetapi rasanya, bak lauk dari restoran mewah.
Nikmat tak terkata. Makan dengan nasi panas sahaja sudah cukup. Menurut empunya resepi juga, arwah bapanya Hj Alaui Bin Nor yang mengajarnya masak menu berlada ini dan berharap agar pahala yang diperolehi dari perkongsian resepi ini, mengalir kembali kepada arwah. Insyaallah.
CARA MASAK BERLADO KENTANG BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili padi merah
- Cili padi hijau
- Limau kasturi (jika ada)
- Garam, gula & aji secukupnya
- Ubi kentang
- Ikan bilis
CARA MEMASAK:
1.Kupas ubi kentang dan potong bulat. Ketebalannya tidak terlalu nipis dan tidak terlalau tebal. Goreng sampai masak.
2. Bersihkan ikan bilis, goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah. Kisar kasar. Jumlahnya bergantung pada jumah kentang yang anda guna.
4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan goreng bilis tadi), kemudian tumis bahan kisar sampai garing.
5. Masukkan garam, sedikit gula, aji dan perah jus limau kasturi. Jika tidak suka rasa limau, boleh abaikan. (empunya resepi suka letak limau kerana aromanya yang wangi.)
6. Bila sambal sudah garing, masukkan kentang dan bilis yang sudah digoreng awal tadi. Gaul rata.
7. Angkat dan Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis sedia untuk dinikmati.
Sumber: NurulAin Alaui Via Rasa