Bagi pencinta Nasi Lemak, sambal memainkan peranan paling penting. Sedap sambal, maka sedaplah hidangan kegemaran anda ini. Terdapat banyak sangat resepi legend yang dikongsi namun tak tahu mana satu yang kena dengan selera?
Resepi Sambal Nasi Lemak dari Sis Norey Yusof ni antara yang boleh dicuba. Pekat dan nampak sangat sedap. Persis Sambal Nasi Lemak kampung dulu-dulu. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.
RESEPI SAMBAL NASI LEMAK LEGEND YANG SEDAP (SUKATAN 6 ORANG MAKAN)
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang holland
- 5 ulas bawang merah
- Sedikit halia
- Sedikit belacan
- Sedikit ikan bilis
- 6 sudu makan cili kisar
- Gula/ gula nise secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit perasa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Satukan bawang holland, bawang merah, halia, belacan dan ikan bilis. Kemudian kisar.
2.Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak.
3.Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak sempurna.
4.Bila cili sudah masak, masukkan gula/ nise, garam, perasa dan sedikit air asam jawa. Sukatannya
bergantung pada cita rasa masing-masing.
5.Tumis lagi hingga masak sempurna.
6.Sambal Nasi Lemak Legend sedia untuk dihidangkan bersama nasi dan bahan-bahan sampingan yang lain.
Sumber: Sis Norey Yusof Via Rasa