Asyik masak tomyam merah bosan juga, apa kata jom cuba buat tomyam putih versi Thailand ini pula. Sedap sangat kalau makan dalam mangkuk campur dengan nasi. Semangkuk confirm tak cukup kalau macam ni.
Jom lihat resepi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Siti Amimah di laman sosial Facebook. Sangat mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan:
- 1/4 ekor ayam dipotong kecil.
- 3 ekor sotong dipotong bulat.
- 6 ekor udang besar.
- 3 batang serai dititik.
- 2 ulas bawang putih ketuk.
- ½ bawang besar potong.
- 6 helai daun limau purut dikoyakkan sedikit.
- 1 cm lengkuas dihiris.
- 3 bawang kuning / bawang kuning dibelah 4.
- 5 biji cili api dititik sedikit.
- 1 biji tomato belah 4.
- Carrot sedikit.
- Cendawan tiram sedikit.
- Bunga kobis sedikit.
- Beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis.
- Garam, gula, serbuk perasa.
Cara-Caranya:
1. Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. Rebus semuanya hingga mendidih.
2. Setelah ayam masak lebih kurang 5 hingga 7 minit.
3. Masukkan sotong, udang dan daun limau purut. Selepas itu masukkan semua sayuran.
4. Setelah mendidih masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasannya sebelum tutup api.
5. Tutup api dan masukkan perahan limau. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma