Kalau anda tiada idea atau inginkan lauk simple yang cepat masak dan siap, boleh cuba resipi telur mata sambal hijau.
Resipi yang dikongsikan Bahiah Saripuddin atau Che Yah ini, memang sedap sangat sampai boleh menjilat jari. Apatah lagi makan panas-panas.
Telur Mata Sambal Hijau
Bahan-Bahan:
- 15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji telur ayam
- Secubit garam
- Gula sedikit saja (jika suka)
Cara Memasak:
1.Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat.
2.Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.
3.Boleh masukkan gula dan garam bagi secukup rasa. Saya letak sikit je tak smpai pun satu sudu kecil pun.
4.Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Nak berkuah boleh tambah air tapi saya tak tambah.
Kredit: Bahiah Saripuddin Via Rasa
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma